99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China, EU Capai Konsensus Perkukuh Hubungan Bilateral

(CRI)Jumaat 07 April 2023
China, EU Capai Konsensus Perkukuh Hubungan Bilateral

China bersedia bekerjasama dengan Kesatuan Eropah (EU) untuk menggariskan hala tuju perkembangan hubungan bilateral, menyambung semula program pertukaran pada semua peringkat dan menghidupkan semula kerjasama saling untung dalam pelbagai bidang.

Menurut Presidennya, Xi Jinping, ia sekali gus menyuntik momentum baharu terhadap perkembangan hubungan China-EU serta keamanan, kestabilan dan kemakmuran global.

Beliau berkata demikian ketika menyentuh ulang tahun ke-20 perkongsian strategik komprehensif China-EU pada tahun ini dalam pertemuannya dengan rakan sejawatan dari Perancis, Emmanuel Macron dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, di sini, pada Khamis.

Xi turut mencadangkan kedua-dua pihak untuk menghormati kepentingan teras dan keutamaan masing-masing, serta mencapai konsensus dan meraikan perbezaan pendapat melalui dialog dan perundingan.

“Pemodenan China dan integrasi Eropah merupakan pilihan strategik kedua-dua pihak yang dibuat dengan mengambil kira masa depan masing-masing,” ujar beliau.

Xi turut berpandangan bahawa China dan EU seharusnya menjadi rakan kerjasama yang saling percaya dan bergantung dalam perjalanan pembangunan.

“China dan EU juga perlu memastikan pasaran yang terbuka antara satu sama lain, mewujudkan persekitaran perniagaan yang adil dan tanpa diskriminasi kepada syarikat dari pihak lain, serta mengelakkan tindakan yang mengubah isu ekonomi dan perdagangan menjadi isu politik atau keselamatan negara.”

“Kedua-dua pihak harus membina rantaian bekalan yang stabil dan saling percaya, selain menyepadukan Inisiatif Jalur dan Laluan dengan strategi Global Gateway EU untuk menyokong pertumbuhan ekonomi China dan EU yang mampan serta stabil,” kata beliau.

Tegas Xi, China dan EU perlu bersama-sama memelihara kestabilan dan kemakmuran global, menolak amalan hegemonisme dan unilateralisme serta percubaan untuk mencantas hubungan ekonomi.

“Kedua-dua pihak perlu meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dari segi dasar ekonomi makro dan kewangan, memperdalam perkongsian hijau, serta memperkasa dialog dan kerjasama dalam bidang kewangan hijau, teknologi mesra alam dan tenaga bersih.”

“China dan EU juga perlu membantu negara-negara membangun yang lain dengan menggalakkan institusi pelbagai hala dan modal swasta untuk melibatkan diri dalam pelaksanaan Inisiatif Penggantungan Perkhidmatan Hutang G20, dan meneroka kerjasama yang melibatkan tiga atau lebih banyak pihak di kawasan termasuk benua Afrika,” tambah beliau.

Ursula von der Leyen dalam pertemuan itu berkata, pihaknya bersedia menyambung semula Dialog Ekonomi dan Perdagangan Peringkat Tinggi dengan China untuk memacu perkembangan hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala yang mantap dan seimbang bagi mewujudkan pencapaian yang sama menang.

Macron pula mencadangkan kedua-dua pihak harus beusaha bersama untuk mengelakkan diri daripada terperangkap dalam ‘pencantasan hubungan ekonomi’, menjalankan kerjasama yang sama rata dan saling menguntungkan, menangani cabaran global yang mendesak termasuk perubahan iklim bagi memperdalam perkongsian strategik komprehensif EU-China.

Dalam perkembangan lain, ketiga-tiga pemimpin itu juga bertukar-tukar pandangan mengenai krisis Ukraine.

“Krisis Ukraine bukan isu antara China dan EU. China akan terus memainkan peranan positif dalam menggalakkan rundingan damai.”

“China menyokong idea dan rancangan yang dikemukakan EU untuk menyelesaikan krisis Ukraine secara politik, dan usaha membina kerangka kerja keselamatan Eropah yang seimbang, berkesan dan mampan dengan berpaksikan kepada kepentingan asas dan jangka masa panjang EU,” kata Xi.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan