- Lain-lain
EU Terus Sediakan Sokongan Ketenteraan kepada Ukraine
Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan pemberian sokongan ketenteraan baharu kepada Ukraine pada Khamis.
Sokongan itu melibatkan pakej rancangan bernilai 500 juta euro dan satu pendekatan sokongan bernilai 45 juta euro untuk kerja-kerja melatih Misi Bantuan Ketenteraan EU di Ukraine (EUMAM).
Wakil Kanan Kesatuan Eropah (EU) bagi Dasar Luar dan Keselamatan, Josep Borrell dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Ukraine, Denys Shmygal pada Khamis.
Menurut hantaran Borrell pada media sosial selepas pertemuan itu, EU akan memperkasa rancangan latihan untuk tentera Ukraine. Rancangan berkenaan menyasar penawaran latihan kepada 30,000 anggota tentera negara itu berbanding 15,000 orang sebelum ini.
Selain itu, EU juga akan membekalkan kelengkapan baharu kepada Ukraine termasuk kereta tebal Leopard dan juga latihan teknikal.
Sejak tercetusnya konflik antara Rusia dengan Ukraine, negara Barat yang diketuai AS terus-menerus mengapi-apikan situasi serantau, dengan menyediakan pelbagai jenis kelengkapan senjata kepada Ukraine.
- Dialog dan Rundingan, Cara Paling Realistik untuk Selesaikan Krisis Ukraine
- Usahawan China-Eropah Adakan Dialog Meja Bulat
- 65 Peratus Warga UK Sokong Referendum Sertai Semula EU
- Rusia Dakwa AS, NATO dan EU Lancar ‘Perang Hibrid’ terhadapnya
- Rusia Tidak Tolak Rundingan Mengenai Situasi Ukraine: Putin
- Tak Mahu Lihat Bekalan Senjata Dihantar ke Ukraine: Dujarric
- China Gesa Kurangkan Kesan Limpahan Krisis Ukraine
- China Prihatin Situasi Kemanusiaan di Ukraine
- Rusia Dakwa Temui Bukti AS Bangunkan Senjata Biologi di Ukraine
- China Gesa Fokus Kawalan Kesan Limpahan Impak Krisis Isu Ukraine
- Plot Beralasan Hak Asasi Campur Tangan Urusan Dalaman Negara Lain Mustahil Berhasil