99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Lawatan Presiden Xi Ke Rusia bagi Persahabatan, Kerjasama dan Pembangunan Bersama

(CRI)Isnin 20 Mac 2023

Satu artikel tulisan Presiden China, Xi Jinping yang bertajuk "Melangkah ke hadapan untuk membuka lembaran baharu persahabatan, kerjasama dan pembangunan bersama China-Rusia" telah diterbitkan pada hari Isnin di akhbar Rusia, Russian Gazette dan laman web Agensi Berita RIA Novosti menjelang lawatan rasmi beliau ke Rusia.

“Rusia merupakan negara pertama saya lawati selepas saya dipilih sebagai Presiden China pada 10 tahun yang lalu. Sepanjang sedekad yang lalu, saya telah membuat lawatan sebanyak lapan kali ke Rusia dan membuahkan hasil yang menggalakkan dalam lawatan tersebut yang turut membuka lembaran baharu untuk mengukuhkan hubungan China-Rusia bersama dengan Presiden Putin,” demikian berbunyi dalam artikel tersebut.

Xi dalam artikel itu juga memberikan penerangan bahawa China dan Rusia merupakan negara jiran terbesar antara satu sama lain dan rakan perkongsian strategik komprehensif. Kedua-dua negara yang sama-sama merupakan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB ini menegakkan dasar luar yang bebas dan memandangkan hubungan bilateral sebagai keutamaan dalam diplomasi negara masing-masing.

“Lawatan saya ke Rusia akan menjadi perjalanan bagi tujuan persahabatan, kerjasama dan keamanan.”

“Saya berharap untuk bekerjasama dengan Presiden Putin merangka visi, cetak biru dan langkah baharu bagi perkembangan perkongsian strategik komprehensif China-Rusia pada masa akan datang,” kata Xi. 

Sejak tahun lepas, krisis Ukraine semakin meruncing.

“Pendirian China adalah konsisten, objektif dan adil berdasarkan fakta yang sebenar, dan kami sentiasa aktif menggalakkan rundingan damai.”

“Saya telah mengemukakan beberapa cadangan yang meliputi pelbagai pihak perlu menepati manifesto dan prinsip Piagam PBB, menghormati keprihatinan keselamatan setiap negara yang terbabit, menyokong semua usaha yang kondusif untuk penyelesaian krisis secara damai, dan memastikan kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global terjamin.”

“Cadangan terbabit telah menjadi prinsip asas China untuk menangani krisis Ukraine,” demikian diujar dalam artikel Xi tersebut. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan