- Lain-lain
Majlis Pembukaan Pasar Herba Cina Diadakan di Bozhou, Anhui (2)
Satu majlis diadakan pada 8 Februari sempena pembukaan pasar herba Cina di bandar Bozhou, provinsi Anhui.
Bandar Bozhou merupakan kampung halaman kepada Hua Tuo, Sang tabib tersohor China pada zaman lampau, maka dianggap sebagai salah satu tempat lahir perubatan tradisional Cina dan digelar sebagai “Kota Herba Cina”. Majlis pembukaan pasar herba, satu upacara tradisional tempatan, sudah lama memainkan peranan penting dalam mewariskan dan menyebarkan perubatan tradisional Cina.
Dalam tempoh antara 2020 hingga 2022, majlis pembukaan pasar herba dibatalkan susulan penularan wabak COVID-19. Tahun ini, majlis pembukaan kembali diadakan setalah tiga tahun dan dimeriahkan dengan persembahan budaya rakyat, pameran herba dan rempah-ratus, pertunjukan cara membuat herba Cina, sesi diagnosis dan juga sesi rundingan yang pertama kali diperkenalkan.