99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Tentera AS Sengaja Sembunyikan Fakta Salah Bunuh Penduduk Afghanistan

(CRI)Rabu 11 Januari 2023

Terdapat satu laporan siasatan dari Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (USCENTCOM) yang membuktikan, pegawai peringkat tinggi pihak tentera negaranya pernah menyembunyikan dengan sengaja fakta salah membunuh penduduk awam Afghanistan, menurut laporan The New York Times AS baru-baru ini.

Serangan dron terhadap Kabul, ibu negara Afghanistan yang dilancarkan tentera AS menyebabkan 10 penduduk awam setempat terbunuh pada 29 Ogos 2021.

Namun, setakat 1 September, Pengerusi Ketua Turus Bersama Angkatan Tentera AS, Mark Milley masih sembang kencang bahawa serangan udara itu adalah bersifat “adil”.

19 hari selepas serangan dron di Afghanistan, pihak tentera AS barulah mengakui kejadian tersebut mengakibatkan penduduk awam terbunuh.

Pada 17 September, Komander tentera AS Kenneth McKenzie mengakui serangan dron tersebut merupakan “kesilapan tragik”.

Namun, menurut laporan siasatan terbabit, pegawai tentera peringkat tinggi AS sebenarnya sudah diberitahu terdapatnya penduduk awam Afghanistan yang terbunuh dalam serangan udara itu, beberapa jam selepas berlakunya serangan tersebut.

Yang paling mengerikan adalah Jabatan Pertahanan AS tidak akan menjatuhkan hukuman terhadap anggota tentera yang terlibat selepas berakhirnya siasatan terhadap serangan udara tersebut.

Projek 'A Costs of War' yang dijalankan di Universiti Brown mendapati sebanyak 174,000 nyawa telah terkorban secara langsung akibat Perang Afghanistan.

Sementara itu, statistik Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) pula menunjukkan, Perang Afghanistan yang berlangsung selama dua dekad telah menyebabkan 260,000,000 orang Afghanistan melarikan diri ke luar negeri, manakala 350,000,000 orang kehilangan tempat tinggal.  

Gaya Hidup

Berita Berkaitan