99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Kebanyakan Pengundi Pesimistik terhadap Prospek Ekonomi AS

(CRI)Isnin 19 Disember 2022

Ekonomi Amerika Syarikat (AS) diunjurkan akan terus memburuk. Demikian keputusan tinjauan pendapat umum dari Akhbar The Wall Street terhadap 1,500 pengundi terdaftar pada 3 hingga 7 Disember.

Dimaklumkan, 83% pengundi dari Parti Republikan menjangkakan bertambah buruknya ekonomi negara pada tahun 2023. Sementara itu, sebanyak 66% pengundi menganggap ekonomi domestik sedang menuju ke arah yang salah.

Sejak tahun ini, ekonomi negara AS terkesan dengan inflasi yang berada pada paras yang tinggi. Untuk mengawal kenaikan harga barangan, Rizab Persekutuan Amerika (Fed) telah menaikkan kadar kaedah untuk tujuh kali berturut-turut sehingga jumlah keseluruhannya mencecah 425 mata sejak bulan Mac, dan langkah sedemikian kelihatan akan dilanjutkan terus. Pada dua bulan kebelakangan ini, peningkatan Indeks Harga Pengguna (CPI) jauh lebih tinggi daripada 2% yang disasarkan, walaupun hanya naik sedikit berbanding dengan tempoh sama tahun lalu. Sehubungan itu, boleh terasa kebimbangan dunia luar yang semakin meningkat berhubung ekonomi AS akan terperangkap dalam kemelesetan.

Menurut pengundi dari Parti Republikan, Kendra Lewis, sektor korporat enggan menambah pelaburan dan merintis pasaran baharu, sedangkan kalangan pengguna pun menunjukkan keinginan yang lemah untuk belanja.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan