99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Bunga Parasit Dilihat Semula di Xishuangbanna Selepas 30 Tahun

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 28 Disember 2022

Bunga parasit yang dilihat di daerah Xishuangbanna. (Gambar disediakan oleh Stesen Radio & TV Xishuangbanna)

Di hutan hujan Daerah Autonomi Dai Xishuangbanna, provinsi Yunnan, terdapat sejenis tumbuhan yang pernah hilang jejak di China selama 30 tahun, iaitu bunga parasit Sapria himalayana. Mirip bunga pakma atau Rafflesia, tumbuhan ini tiada daun, akar dan ranting. Apabila bunganya sudah kembang, ia akan mengeluarkan bau yang teramat busuk.

Bunga parasit yang dilihat di daerah Xishuangbanna. (Gambar disediakan oleh Stesen Radio & TV Xishuangbanna)

Bunga parasit merupakan tumbuhan tipikal di hutan hujan Asia Tenggara dan pernah dianggap sudah pupus di daerah Xishuangbanna. Namun tahun-tahun kebelakangan ini, tanpa disangka, bunga ini dijumpai semula di kawasan tersebut. Disebabkan menumpang pada akar tumbuhan lain, kebanyakan masanya bunga ini menyembunyikan diri di bawah tanah dan sukar dijumpai. Hanya selepas terkumpulnya nutrien yang mencukupi barulah ia kembang mekar.

Mari ikut Lang Hai, renjer hutan tempatan, untuk menerokai bunga yang unik ini. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan