99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Bandaraya Penuh Dinamik, Petanda Kembali Pulih

(CRI)Selasa 03 Januari 2023

"Jalan di Beijing kembali sesak, para pelancong berlumba-lumba menempah pakej percutian ke luar negara, aktiviti perniagaan dijangka terus pulih", "hotel-hotel di sekitar kawasan peranginan menyaksikan peningkatan aliran pelancong yang ketara"...

Memetik laporan akhbar FT Times British, Reuters dan media asing lain, kehidupan rakyat China beransur-ansur pulih normal, menyaksikan suasana di sekitar jalanan serta pasar di Beijing dan Shanghai kembali rancak dan penuh meriah.

Sejak sekian lama, kesan susulan pelarasan dasar pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 yang dilaksanakan China menjadi perhatian dunia luar.

Pada permulaan tahun baharu, kedinamikan yang dipaparkan bandaraya seperti Beijing dan Shanghai dilihat sebagai petanda penting bahawa China sedang giat memacu pemulihan.

Kini, usaha melawan pandemik COVID-19 di China telah memasuki fasa baharu.

Pelarasan berkenaan dibuat berdasarkan pengenalan mengenai patogen dan penyakit, tahap imuniti dan daya tahan sistem kesihatan rakyat, serta gerak balas kesihatan awam sosial.

Sejak tercetusnya wabak COVID-19, kerajaan China sentiasa mengamalkan prinsip 'rakyat didahulukan, nyawa diutamakan', menjalankan kerja pencegahan wabak secara saintifik dan bersasar serta mengubah suai langkah kawalan berkenaan mengikut keadaan semasa, sehingga melindungi keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat pada tahap maksimum.

Berkat usaha gigih sebegitu, setiap pelosok bumi China penuh dinamik dengan masyarakat kembali kepada kehidupan normal.

Seperti dinyatakan Presiden Xi Jinping dalam perutusannya di ambang tahun baharu 2023, “Kini usaha melawan wabak memasuki fasa baharu dan masih agak mencabar. Semua orang berjuang sehabis daya, sinar harapan berada di hadapan.”

Kata-kata beliau turut menyuntik keyakinan kepada seluruh dunia.

Tahun 2023 adalah tahun pertama untuk melaksanakan sepenuhnya semangat Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC), serta meniti perjalanan baharu ke arah membangunkan China sebagai negara sosialis moden secara menyeluruh.

Adalah diyakini bahawa China yang penuh dengan kedinamikan akan melakar permulaan baik untuk modenisasi ala China, sekali gus membawa lebih banyak peluang dan sinar harapan kepada dunia. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan