99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Xi Terima Pelaporan Kerja Ketua Eksekutif HKSAR

(CRI)Isnin 26 Disember 2022
Xi Terima Pelaporan Kerja Ketua Eksekutif HKSAR

Presiden China Xi Jinping pada Jumaat ditemui Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) John Lee Ka-chiu yang sedang dalam jadual membuat pelaporan kerja di Beijing.

Semasa pertemuan itu, Xi mendengar pelaporan yang disampaikan John Lee mengenai keadaan semasa di Hong Kong dan pencapaian yang dilakar kerajaan HKSAR.

Presiden Xi memberi pengiktirafan tinggi kepada Ketua Eksekutif John Lee dan kerajaan HKSAR penggal ini yang bersikap teguh memikul tanggungjawab sehingga membuahkan hasil yang substantif.

“Kerajaan HKSAR bertindak pantas dalam menyatupadukan pelbagai lapisan masyarakat tempatan demi pemeliharaan keselamatan negara, memperhebat usaha untuk memulihkan ekonomi serta memberi respons cepat berhubung masalah-masalah hangat yang disuarakan penduduk awam.”

“Hong Kong berjaya menyaksikan terwujudnya suasana baharu seiring dengan pelaksanaan panduan 'Hong Kong Ditadbir Patriot' dan kemaraannya menyusul landasan yang betul yang berorientasikan 'Satu Negara, Dua Sistem',” kata Xi.

Beliau menegaskan lagi, pelaksanaan dasar "Satu Negara, Dua Sistem" adalah konsisten dan teguh. Ketua eksekutif dan kerajaan HKSAR akan terus mendapat sokongan penuh dari kerajaan pusat China dalam memartabatkan penguatkuasaan undang-undang sepanjang pelaksanaan tadbir urus.

"Kerajaan pusat akan terus menyokong sepenuhnya Hong Kong dalam memanfaatkan kelebihannya yang unik, menjalankan kerjasama antarabangsa secara luas, dan melibatkan diri dalam senario pembangunan kebangsaan, sekali gus memberi sumbangan baharu kepada kebangkitan gemilang nusa dan bangsa China,” kata Xi.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan