99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Henti Memfitnah Hong Kong, Jangan Semakin Salah

(CRI)Khamis 22 Disember 2022

Dalam sepucuk surat yang diutuskan kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS) atas nama apa yang disebut ulang tahun ke-3 “Akta Hak Asasi Manusia dan Demokrasi Hong Kong”, sesetengah ahli Senat secara terang-terangan memfitnah “Undang-undang Keselamatan Negara melibatkan Hong Kong”, melakukan campur tangan terhadap hal ehwal Hong Kong yang merupakan urusan dalaman China. Jurucakap Jabatan Pesuruhanjaya Kementeriaan Luar China di wilayah Hong Kong menyatakan bantahan yang tajam terhadap perbuatan sedemikian dan mendesak politikus berkenaan segera menghentikan lakonan politik yang bertujuan “menipu” khalayak ramai.

Menurut Jurucakap tersebut, apa yang disebut “Akta Hak Asasi Manusia dan Demokrasi Hong Kong” gubalan AS sebenarnya bukti hegmoni AS dalam melakukan campur tangan yang biadab terhadap urusan domestik China. Plot sesetengah politikus AS berdasarkan Akta itu untuk memfitnah “Undang-undang Keselamatan Negara melibatkan Hong Kong”, menjejaskan penguatkuasaan perundangan dan ekosistem kehakiman Hong Kong yang merdeka, bahkan bersekongkol dengan kumpulan pembelot anti-China, adalah bukan main bodohnya dan ditakdir akan menjadi sia-sia sahaja.

Perbuatan mereka itu sama sekali tidak diterima rakyat China termasuk penduduk Hong Kong. Sehubungan itu, politikus AS yang terbabit didesak agar mematuhi undang-undang antarabangsa dan kod asas dalam hubungan antarabangsa, dengan segera menghentikan tindakan yang mencampuri hal ehwal Hong Kong yang sebenarnya urusan domestik China.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan