- Lain-lain
Xi: Bab Baharu dalam Pelaksanaan Perlembagaan China pada Era Baharu
Presiden China Xi Jinping berkata, usaha diperlukan untuk meningkatkan penginsafan tentang Perlembagaan, menyemarakkan semangat Perlembagaan dan mempergiatkan pelaksanaan Perlembagaan, serta memartabatkan peranannya dalam tadbir urus negara.
Demikian kata Presiden Xi dalam artikelnya yang bertajuk ‘Bab Baharu dalam Pelaksanaan Perlembagaan China pada Era Baharu’ yang diterbitkan pada Isnin.
Sempena menyambut ulang tahun ke-40 Perlembagaan China pada tahun ini, Presiden Xi berkata, dalam tempoh 40 tahun lalu, Perlembagaan China yang berkuatkuasa sehingga sekarang ini terbukti kondusif dalam menggalakkan dan memperhebat pembinaan kedaulatan undang-undang sosialisme dan memastikan perkembangan Parti Komunis China dan pembangunan negara terjamin.
Pada akhirnya, Xi menyeru semua pihak untuk melaksanakan sepenuhnya Perlembagaan China, memperhalusi tadbir urus negara berasaskan undang-undang dalam semua bidang di negara ini, dan berusaha bersama untuk membangunkan tanah air ke arah negara sosialis yang moden lagi maju.