99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Kekal Tumpuan Pelaburan Syarikat Asing

(CRI)Isnin 19 Disember 2022

China akan terus menjadi destinasi pelaburan utama bagi perusahaan dari seluruh dunia termasuk syarikat Jerman dan Australia, kata jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin.

Sebelum ini, satu tinjauan mendapati bahawa majoriti syarikat Jerman dan Australia bersikap optimistik terhadap peluang dan keuntungan diraih dari pasaran China pada masa hadapan.

Tinjauan itu dijalankan Dewan Perniagaan Jerman di China bersama Dewan Perniagaan China-Australia membabitkan syarikat dua negara itu yang bertapak di China.

Hasil tinjauan menunjukkan, 77 peratus syarikat Jerman percaya bahawa kadar pertumbuhan tahunan industri mereka akan terus meningkat dalam tempoh lima tahun akan datang, manakala 66 peratus syarikat Australia merancang memperluas pelaburan di China.

Sementara itu, terdapat 58 peratus syarikat Australia turut melihat China antara tiga destinasi pelaburan utama mereka dalam tempoh tiga tahun akan datang.

"Ini sekali lagi mencerminkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap prospek pembangunan ekonomi China,” kata Wang semasa taklimat media di Beijing pada Jumaat.

Wang berkata China giat menyelaraskan pencegahan dan kawalan COVID-19 dengan pembangunan sosioekonomi, sambil terus mengoptimumkan tindak balas mengikut perkembangan keadaan untuk meminimumkan kesan wabak terhadap kehidupan rakyat dan pembangunan sosioekonomi.

Tegas beliau, China komited terus mengamalkan strategi keterbukaan yang saling menguntungkan, menggalakkan pembinaan ekonomi dunia yang terbuka, di samping menyediakan persekitaran perniagaan yang berorientasikan pasaran, berlandaskan undang-undang dan bersifat antarabangsa untuk pelabur asing. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan