99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

HSR Mudanjiang-Jiamusi Rai Ulang Tahun Pertama

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 12 Disember 2022
HSR Mudanjiang-Jiamusi Rai Ulang Tahun Pertama
HSR Mudanjiang-Jiamusi telah mengangkut lebih 3.5 juta penumpang dalam satu tahun sejak operasinya. (foto: Yuan Yong/People.cn)

Pada 6 Disember, kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Mudanjiang-Jiamusi menyambut ulang tahun pertama operasinya. HSR tersebut merupakan rel yang terletak paling timur di negara China pada masa ini. Dalam setahun lalu, laluan ini telah mengangkut lebih 3.5 juta penumpang, menambah baik struktur rangkaian kereta api di kawasan timur laut dan memudahkan perjalanan orang ramai.

HSR Mudanjiang-Jiamusi terletak di provinsi Heilongjiang, dengan keseluruhan panjangnya 372 kilometer dan direka dengan kelajuan operasi 250 kilometer sejam. Laluan itu bermula dari bandar Mudanjiang, melalui bandar Jixi, bandar Qitaihe, bandar Shuangya dan berakhir di bandar Jiamusi. Diintegrasikan dengan kereta api laju Harbin-Beijing yang menghubungkan provinsi Heilongjiang dan Beijing, masa perjalanan ke ibu kota dapat dikurangkan kepada 8.5 jam berbanding lebih 25 jam sebelumnya.

Selepas operasinya, kereta api berkelajuan tinggi Mudanjiang-Jiamusi mencatat puncak aliran penumpang pada musim panas tahun ini dengan purata pengguna harian melebihi 23,000. Laluan ini menghubungkan banyak tempat menarik seperti tempat peranginan ski dan taman hutan negara, menjadi penjana baharu transformasi dan pembangunan bagi bandar-bandar yang dahulu bergantung pada sumber konvensional.

HSR Mudanjiang-Jiamusi ialah kereta api laju pertama yang dibuka di provinsi Heilongjiang dalam tempoh Rancangan Lima Tahun ke-14 (2021-2025), memainkan peranan penting dalam menggalakkan pembangunan ekonomi di sana.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan