99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Terus Sumbangkan Dorongan kepada Pemulihan Ekonomi Global

(CRI)Rabu 30 November 2022

Pertumbuhan ekonomi China secara berterusan akan membawa lebih banyak unsur dinamik kepada ekonomi dunia, ujar bekas ahli ekonomi Bank Dunia (WB), Mwangi Wachira ketika diwawancara baru-baru ini.

Menurut beliau, China yang berdiri pada belah yang betul dalam sejarah globalisasi ekonomi diyakini akan menyumbangkan lebih banyak keyakinan dan peluang kepada pemulihan ekonomi dunia.

Mengulas kenyataan Wachira tersebut, jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian memberitahu bahawa China sentiasa menjadi penyokong dan pendorong ekonomi dunia yang terbuka.

Zhao berkata, kadar pertumbuhan ekonomi China direkodkan sebanyak 6.6 peratus secara purata setahun dalam tempoh sedekad lalu, dan menyumbang lebih 30 peratus kepada pertumbuhan ekonomi dunia.

“Pada tahun 2021, jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China menduduki 18.5 peratus jumlah ekonomi dunia.

“Sementara itu, jumlah perdagangan luar China mencatat USD6.9 trilion, kekal sebagai entiti ekonomi kedua terbesar dan negara perdagangan terbesar di dunia.” ujar Zhao.

Jurucakap itu menyatakan bahawa tatkala menghadapi situasi dalam dan luar negeri yang rumit lagi sukar, ekonomi China kekal stabil, berprospek baik, dan sentiasa menjadi tenaga positif dalam pembangunan dan kemakmuran global.

Zhao menegaskan bahawa keterbukaan adalah satu-satunya jalan menuju ke pembangunan dan kemajuan.

“China akan memperkasakan keterbukaan yang lebih luas dan dalam pada skala yang lebih besar, mempertahankan modenisasi ala China, membina sistem ekonomi terbuka yang bertaraf lebih tinggi, dan terus menyuntik kedinamikan kepada pemulihan ekonomi dunia.” kata Zhao.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan