99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Li Keqing Temui Ketua Urusan IMF

(CRI)Isnin 14 November 2022

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah menemui Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva di Phnom Penh, Kemboja pada Sabtu.

Li berkata, ekonomi China menurun dengan ketara pada awal suku kedua tahun ini ekoran impak yang luar jangkaan. Namun pihak China melaksanakan pakej langkah tepat pada waktunya sehingga berjaya mengekang kemerosotan tersebut dan menstabilkan operasi ekonomi domestik. Kini, trend pulih yang mantap boleh kelihatan dalam pertumbuhan ekonomi China. Harga penggunaan China hanya naik 2.1% pada bulan Oktober lalu, hasil keputusan tidak mencetak mata wang secara berlebihan pada dua tahun yang lalu, tuaian bijirin yang melimpah dan pembekalan sumber tenaga yang stabil. Menurut Li, China akan terus mendorong pelaksanaan pakej langkah yang bertujuan menstabilkan ekonomi supaya mengekalkan pertumbuhan ekonomi pada tahap yang munasabah.

Kristalina Georgieva pula berkata, dasar makro China pada awal tercetusnya wabak COVID-19 terbukti adalah langkah yang bijaksana, dan dasar makro yang dilaksanakan baru-baru ini pun terbukti adalah rasional dan berkesan. Pihaknya bersedia terus meningkatkan kerjasama dengan China.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan