99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Bimbang Serius Subsidi AS Langgar Aturan WTO

(CRI)Isnin 28 November 2022

China menyatakan kebimbangan serius terhadap subsidi perindustrian dibangkitkan Amerika Syarikat (AS) serta langkah kawalan eksport negara itu yang didapati melanggar prinsip Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Perwakilan China lantang menyuarakan pendirian itu pada meysuarat Majlis Perdagangan Barangan (CTG) WTO di Geneva, Switzerland bermula 24 hingga 25 November.

Wakil berkenaan menyampaikan ucapan berdurasi 40 minit berkisar pada pencelaan pelbagai subsidi perdagangan AS yang bersifat diskriminasi dan penyelewengan, serta siri tindakan negara itu yang mengganggu rantai perindustrian dan bekalan semikonduktor global.

Difahamkan, Akta Pengurangan Inflasi (IRA) AS akan memberikan subsidi sehingga AS$369 bilion untuk menyokong pengeluaran dan pelaburan membabitkan kenderaan elektrik (EV), mineral utama, tenaga bersih dan fasiliti penjanaan kuasa.

Antaranya sebanyak sembilan pakej insentif percukaian ditawarkan kepada produk yang dihasilkan dan dipasarkan di AS atau Amerika Utara.

Untuk itu, pihak China mengkritik peraturan diskriminatif itu melanggar prinsip asas WTO antaranya Layanan Negara Teristimewa (MFN), dan disyaki mewujudkan subsidi penggantian import dan sekatan pelaburan berkaitan perdagangan yang dilarang oleh WTO.

Tindakan AS itu turut menyebabkan herotan serius sektor berkenaan ketika terlibat dalam kegiatan perdagangan dan pelaburan di peringkat global, sekali gus menimbulkan kebimbangan besar kerajaan negara lain dan industri terbabit.

Wakil China menggesa AS supaya mematuhi peraturan WTO dan mengeluarkan kandungan diskriminatif daripada IRA, di samping mengotakan janji dalam melaksanakan deklarasi sidang kemuncak Kumpulan 20 (G20) Bali mengenai dasar perdagangan, iklim dan alam sekitar yang selaras dengan peraturan WTO.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan