99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

AS Beri Tekanan Halang Pemindahan Teknologi Cip ke China

(CRI)Selasa 08 November 2022

Tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menyekat pemindahan teknologi cip ke China tidak selaras dengan statusnya sebagai satu kuasa besar yang patut bersusila dan lapang hati. Bak kata pepatah, tepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang akhbar pada Isnin sebagai respons terhadap kenyataan Presiden AS, Joe Biden berhubung pihaknya akan memberi tekanan kepada Jepun dan Belanda untuk bersama-sama dengan AS menyekat pemindahan teknologi cip yang canggih ke China.

Zhao berkata, pihak AS sudah biasa menyalahgunakan kuasa negaranya dan dominasi teknologinya dalam memberikan tekanan dan paksaan kepada rakan sekutunya dari segi ekonomi bagi mengekalkan amalan hegemoni dan mengaut laba untuk diri sendiri.

“Ini sudah menjadi rahsia yang terbuka bahawa kenapa AS memilih mempolitikkan dan memperalatkan isu teknologi dan perdagangan dan mengaitkannya dengan isu ideologi, serta menjalankan sekatan teknologi terhadap sejumlah negara dan bertindak ‘mencantas hubungan dan memutus rantaian’ dalam bidang teknologi.”

“China berharap pihak-pihak yang terbabit berpegang kepada pendirian yang objektif dan adil, bersungguh-sungguh mengambil kira kepentingan mereka sendiri untuk jangka masa panjang dan kepentingan asas masyarakat antarabangsa serta membuat keputusan yang betul secara bebas,” kata Zhao.

Gaya Hidup