99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Pakar: Ekonomi China Tunjuk Pemulihan Bentuk ‘V’

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 25 November 2022

Trak-trak menunggu untuk dimuat dengan kotena di sebuah terminal kotena di bandar Rizhao, provinsi Shandong pada 28 Mac 2022. (Gambar oleh Xinhua)

Ekonomi China menunjukkan pemulihan berbentuk ‘V’, demikian lapor laman China Economic Net dengan memetik ahli ekonomi terkemuka, Yao Jingyuan.

Yao yang juga bekas ketua ahli ekonomi Biro Statistik Negara (NBS) China membuat ulasan sedemikian ketika menghadiri Sidang Kemuncak Pengurusan Modal Wuyi (China Capital Management Wuyi Summit) ke-3 di bandar Nanping, provinsi Fujian.

Berkat rantaian industri dan bekalan yang kukuh, mulai awal tahun ini, aktiviti eksport menyumbang besar kepada pertumbuhan ekonomi domestik, kata Yao. Tambahan lagi, pelaburan membabitkan sektor infrastruktur juga mencatat pertumbuhan enam bulan berturut-turut.

Meskipun penggunaan memperlihatkan pertumbuhan lebih rendah susulan wabak Covid-19, namun ini agak terhad. Pada masa yang sama, simpanan penduduk juga semakin meningkat.

Melihat kepada perkembangan ini, boleh dikatakan langkah kawalan ekonomi makro yang diambil kerajaan pusat terbukti saintifik dan efisien, tambah beliau.

Dengan tema ‘Pola Baharu, Pengurusan Modal Besar, Ekonomi Hijau’, sidang kemuncak itu memberi tumpuan kepada pembangunan berkualiti sektor pengurusan modal, dan menerokai teori, hala tuju dan jalan baharu untuk pembaharuan dan inovasi kewangan hijau.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan