- Lain-lain
Perluas Pertukaran Sesama Rakyat, Konsensus Pemimpin China dan AS
Usaha perlu terus dipergiatkan bagi memajukan hubungan sesama rakyat China-Amerika Syarikat (AS) termasuk menerusi program pertukaran sosiobudaya, hingga mengukuhkan asas jalinan dua negara itu ke arah sihat dan mantap.
Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar Mao Ning sebagai respons terhadap laporan mengenai aktiviti Diplomasi Pingpong.
Seminggu lalu, Institut Hal Ehwal Awam China Amerika dan USA Table Tennis (USATT) bersama mengendalikan aktiviti menyambut ulang tahun ke-50 Diplomasi Pingpong China-AS, di New York.
Selain itu, Duta China Qin Gang turut melawat sekolah rendah dan universiti di Utah.
Untuk itu, Mao Ning menyifatkan pertukaran sesama rakyat sebagai amat penting dan kedua-dua pihak perlu menggalakkan program pertukaran dilaksanakan membabitkan segenap bidang.
"Seperti konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara semasa pertemuan di Bali, Indonesia, usaha berkenaan perlu dilipatgandakan.
"Biarpun dua negara (China dan AS) berlainan dari segi sejarah, budaya, sistem sosial dan laluan pembangunan, tapi ia bukan penghalang kepada rakyat untuk memupuk rasa saling percaya dan menjalin hubungan muhibah.
"Perbezaan tersebut tidak seharusnya menjadi penghalang untuk mengembangkan hubungan China-AS,” ujar Mao semasa taklimat harian di Beijing, pada Khamis.
- Asia Pasifik Perintis Kerjasama
- Sama Untung, Asas Hubungan Ekonomi China-AS
- AS Digesa Hormati Kepentingan Teras China
- AS Digesa Hormati Kepentingan Teras China
- Xi Adakan Perbualan Ringkas dengan Kamala Harris
- Tindakan Praktikal Lebih Diperlukan bagi Tingkatan Hubungan China-AS
- PBB Sambut Baik Rundingan Xi, Biden
- Pemimpin China, AS Patut Gariskan Hala Tuju bagi Hubungan Dua Hala: Xi
- Rundingan Xi, Biden Petang Ini
- Wang Yi, Antony Blinken Bual Melalui Telefon