- Lain-lain
Xi Adakan Perbualan Ringkas dengan Kamala Harris
Presiden China, Xi Jinping mengadakan perbualan ringkas dengan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris sempena Sidang Pemimpin Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Bangkok, Thailand pada Sabtu.
Xi menyatakan bahawa pertemuannya dengan Presiden Biden di Bali membawa makna strategik dan membina, dan akan memberi panduan kepada perkembangan hubungan kedua-dua negara bagi masa akan datang.
Kedua-dua negara diharap meningkatkan persefahaman, mengurangkan kesilapfahaman, dan berusaha bersama untuk membawakan hubungan China-AS kembali ke landasan yang sihat dan stabil.
Xi berharap agar Harris akan memainkan peranan membina dalam perkara tersebut.
Harris pula menyatakan bahawa pertemuan kedua-dua presiden di Bali telah diadakan dengan jayanya.
Beliau menegaskan, pihaknya tidak mengejar konfrontasi atau konflik dengan China. AS dan China harus bekerjasama dalam isu global dan memastikan kelancaran saluran komunikasi.
- Tindakan Praktikal Lebih Diperlukan bagi Tingkatan Hubungan China-AS
- PBB Sambut Baik Rundingan Xi, Biden
- Pemimpin China, AS Patut Gariskan Hala Tuju bagi Hubungan Dua Hala: Xi
- Rundingan Xi, Biden Petang Ini
- Wang Yi, Antony Blinken Bual Melalui Telefon
- Xi: Cari Cara Betul Hidup Bersama, Bawa Manfaat kepada Dunia
- Wang Yi Temui Antony Blinken