99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

GDI Bermanfaat bagi Penambahbaikan Sistem Tadbir Urus Global

(CRI)Selasa 15 November 2022

Pembangunan ekonomi China amat penting bagi pemulihan ekonomi dunia. Inisiatif Pembangunan Global (GDI) anjuran China amat bermanfaat bagi menambah baik sistem tadbir urus global.

Demikian dikatakan Profesor Ekonomi dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) Singapura, Tan Kong Yam ketika diwawancara Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Beliau berkata, pembangunan ekonomi China amat signifikan bagi negara-negara membangun. Data statistik mendapati bahawa pembangunan ekonomi China telah menyuntik kedinamikan kepada ekonomi negara-negara membangnun di Asia, Amerika Latin dan rantau lain. Pencapaian China pada tahun-tahun kebelakangan ini termasuk dalam bidang antirasuah, pembasmian kemiskinan mutlak, dan alam sekitar amat bermakna dan boleh dijadikan teladan kepada negara-negara membangun ketika menangani isu-isu serupa.

Prof Tan berpendapat, Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), GDI dan Inisiatif Keselamatan Global (GSI) yang dianjurkan China membentuk satu sistem yang saling melengkapi dan ia diyakini akan memainkan peranan positif dalam pemeliharaan kedamaian dunia dan kestabilan serantau.

Beliau menegaskan, model Barat sedang terjebak dalam situasi kacau-balau dan sesetengah negara membangun sedang mencari jalan pembangunan baharu. Sehubungan dengan itu, GDI bermanfaat bagi menambah baik sistem tadbir urus dunia. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan