99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Teguh Sokong G77

(CRI)Isnin 26 September 2022

Mesyuarat Menteri Luar “Kumpulan G77 dan China” ke-46 telah dirasmikan di ibu pejabat PBB di New York Jumaat lalu.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan Menteri Luar Pakistan, Bilawal Bhutto Zardari.

Pengerusi Perhimpunan Agung PBB ke-77, Korosi Csaba, Setiausaha Agung PBB, António Guterres dan Menteri Luar Cuba, Rodríguez masing-masing menyampaikan ucapan dalam upacara perasmian mesyuarat tersebut.

Wakil tetap China di PBB, Zhang Jun yang menghadiri masyuarat tersebut memberi ucapan sebagai wakil Menteri Luar Wang Yi.

Zhang terlebih dahulu menyanjung tinggi terhadap usaha dilakukan Pakistan sebagai negara pengerusi sekarang di samping mengucapkan tahniah kepada Cuba yang dipilih sebagai negara pengerusi G77 untuk tempoh 2023.

Menurut Zhang, negara-negara membangun merupakan yang paling rawan terkesan krisis dan cabaran akibat pandemik COVID-19, konflik geografi, perubahan iklim, krisis bahan makanan dan sumber tenaga serta ekonomi yang tidak seimbang. Oleh itu, “kumpulan negara G77 dan China” dikehendaki meningkatkan solidariti dan kerjasama dalam mempercepat langkah pelaksanaan agenda 2030 demi kemakmuran bersama.

Zhang berkata, hendaklah berusaha mencapai kata sepakat tentang pembangunan antarabangsa, mewujudkan persekitaran pembangunan yang baik sementara memupuk perkongsian pembangunan global, mengamalkan fahaman multilateralisme yang sebenar di samping melindungi sistem antarabangsa yang berpaksikan PBB.

Zhang menekankan bahawa China sebagai salah satu negara membangun, mengalu-alukan anggota G77 giat melibatkan diri dalam kerjasama di bawah kerangka Inisiatif Pembangunan Global (GDI), menyertai “kumpulan rakan GDI”, dan berganding bahu membina komuniti pembangunan bersama global.

Gaya Hidup