99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Lonjak Hubungan China, Vietnam ke Tahap Baharu

(CRI)Khamis 03 November 2022

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam (CPVCC) Nguyen Phu Trong di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Isnin.

Kedua-dua pemimpin komited untuk terus melonjakkan perkongsian kerjasama strategik komprehensif China-Vietnam ke tahap lebih tinggi.

Difahamkan, Nguyen Phu Trong merupakan pemimpin asing pertama yang ditemui Presiden Xi selepas Kongres Kebangsaan ke-20 PKC.

Pada fasa pembangunan baharu perjuangan sosialisme China dan Vietnam, dua pemimpin itu sepakat untuk memperkukuh persahabatan tradisional, komunikasi strategik dan kesalingpercayaan politik, di samping mengendalikan perselisihan dengan baik.

Kesepakatan itu turut menunjukkan hala tuju pembangunan hubungan bilateral pada era baharu dari perspektif strategik.

China dan Vietnam berdepan situasi antarabangsa yang kompleks serta risiko dan cabaran getir apabila di tengah perjalanan menuju pemodenan sosialis.

Gaya Hidup