99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China, ASEAN Disarankan Bentuk Komuniti Berkongsi Nasib Lebih Rapat

(CRI)Jumaat 16 September 2022
China, ASEAN Disarankan Bentuk Komuniti Berkongsi Nasib Lebih Rapat

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) Ke-19 dijadualkan di Nanning, Guangxi pada 16 September, dengan keluasan pameran melebihi 100,000 meter persegi, antaranya satu pertiga dibuka untuk pempamer asing, iaitu paras sebelum penularan wabak COVID-19.

Pada tahun 2013, Presiden China, Xi Jinping telah mengemukakan kesediaan membangunkan Jalan Sutera Maritim Aba Ke-21 dan Komuniti Berkongsi Nasib yang lebih rapat antara satu sama lain bersama dengan ASEAN. Lapan tahun kemudian, pemimpin negara kedua-dua pihak mengumumkan penjalinan perkongsian rakan strategik komprehensif.

Sejak penularan wabak, China dan ASEAN berkongsi pengalaman menangkis wabak, berusaha mendorong pembekalan barang pencegahan dan kawalan wabak, bekerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan vaksin, dan bersama-sama memelihara kestabilan rantai industri dan pembekalan serantau.

Di samping itu, kedua-dua pihak juga memperhebat kesalinghubungan prasarana termasuk landasan kereta api, jalan, pelabuhan, lapangan terbang, bekalan elektrik, telekomunikasi. Setakat hujung Julai tahun 2022, projek yang dikontrak syarikat China di ASEAN telah menyelesaikan pusing ganti sebanyak USD380 bilion (RM1.723 trilion).

Pada Januari hingga Julai tahun ini, jumlah perdagangan dua hala mencatat USD544.9 bilion (RM2.471 trilion), meningkat 13.1% berbanding tempoh yang sama tahun lepas, iaitu 15% dalam jumlah perdagangan luar China. China merupakan rakan dagang terbesar bagi ASEAN pada 13 tahun berturut-turut, sedangkan ASEAN juga memperkukuh kedudukan sendiri sebagai rakan dagang terbesar bagi China.

Sementara itu, China dan ASEAN menjadi rakan paling aktif yang saling melabur, dengan jumlah pelaburan antara satu sama lain melebihi USD340 bilion (RM1.542 trilion) setakat hujung bulan Julai lalu. Beberapa banyak projek utama seperti Laluan Baharu Perdagangan Darat Laut Antarabangsa China-Singapura, Taman Kembar China-Malaysia dan Taman Kembar China-Indonesia dilaksanakan dengan lancar. Selain itu, kedua-dua pihak juga berinisiatif memperluas bidang kerjasama ekonomi digital, e-dagang dan pembangunan hijau.

Gaya Hidup