99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Rusia dan Ukraine Dinasihat Rundingkan Isu Kemanusiaan

(CRI)Khamis 08 September 2022
Rusia dan Ukraine Dinasihat Rundingkan Isu Kemanusiaan

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan sesi terbuka tentang situasi di Ukraine, khususnya situasi kemanusiaan, pada Rabu.

China dalam sesi tersebut menyatakan Rusia dan Ukraine harus mengekalkan komunikasi dan kerjasama tentang isu kemanusiaan, dan China menyokong pemberian bantuan kemanusiaan yang berkecuali, adil dan tidak bersifat politik kepada Ukraine dan negara-negara sekitar. 

Naib Wakil Tetap China ke PBB, Geng Shuang mengatakan, sejarah telah banyak kali membuktikan bahawa penyelarasan diplomatik, rundingan dan komunikasi adalah satu-satunya pendekatan betul untuk menamatkan konflik dan krisis.

China sekali lagi menyeru pihak-pihak terlibat supaya mengekalkan dialog dan komunikasi, dan mencari kemungkinan menyelesaikan krisis secara damai agar peperangan dapat ditamatkan dan kedamaian dapat dipulihkan secepat mungkin.

Gaya Hidup