99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Kisah Inspirasi: Doktor China di Barisan Hadapan di Vanuatu

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 03 Januari 2025
Kisah Inspirasi: Doktor China di Barisan Hadapan di Vanuatu
Guo Ziyang, jururawat bilik bedah pasukan perubatan China sedang menyemak peralatan bedah. (Xinhua/Long Lei)

Anggota perubatan China kumpulan ketiga ke Vanuatu telah memberikan perkhidmatan profesional kepada lebih 1,800 pesakit sejak mereka dikerahkan ke negara Kepulauan Pasifik itu pada September tahun lalu.

Menurut laporan agensi berita Xinhua, mereka juga terlibat dalam lebih daripada 300 pembedahan dan sekitar 30 sesi latihan.

Untuk rekod, pada 17 Disember 2024, gempa bumi berskala 7.3 mangnitud telah melanda Port Vila, mengakibatkan kerosakan teruk kepada infrastruktur di bandar itu serta meragut sekurang-kurangnya 14 nyawa.

Anggota perubatan China yang turut sama terlibat dalam gempa tersebut telah menjadi penyedia perkhidmatan perubatan kecemeasan bukan tempatan paling awal di pusat gempa.

Foto-foto yang diambil dari jurugambar Xinhua, Long Lei ini memaparkan suasana di dalam Vila Central, hospital utama di Port Vila, Vanuatu pada 2 Januari 2025.

Xie Henghui, ahli akupunktur pasukan perubatan China sedang memerika denyut nadi pesakit. (Xinhua/Long Lei)
Li Wei, doktor pergigian pasukan perubatan China sedang berkomunikasi dengan seorang pesakit. (Xinhua/Long Lei)
Wang Rui (kiri), timbalan ketua kumpulan perubatan China dan pakar pernafasan dan perubatan penjagaan kritikal sedang melakukan auskultasi ke atas seorang pesakit. (Xinhua/Long Lei)
Chen Mulei, pakar perubatan am kardiovaskular dan ketua kumpulan perubatan China sedang memberi preskripsi ubat-ubatan kepada pesakit. (Xinhua/Long Lei)
Xie Henghu, ahli akupunktur pasukan perubatan China sedang melakukan akupunktur ke atas seorang pesakit. (Xinhua/Long Lei)
Chen Mulei, pakar perubatan am kardiovaskular dan ketua kumpulan perubatan China sedang berkomunikasi dengan petugas perubatan tempatan. (Xinhua/Long Lei)

Video