- Lain-lain
Xi dan Peng Balas Kad Tahun Baharu kepada Sekolah Menengah di Washington
Presiden China, Xi Jinping dan isteri, Peng Liyuan mengirim kad ucapan tahun baharu sebagai balasan kepada wakil pelajar dan guru di sekolah menengah di Washington, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.
Di dalam kad tersebut tertulis, tahun 2025 menandakan ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Menentang Pencerobohan Tentera Jepun dan Perang Anti-Fasis. Semasa Perang Dunia Kedua, China dan AS bersama-sama berjuang untuk keadilan dan keamanan, malah persahabatan rakyat kedua-dua negara tetap kukuh meskipun berdepan pelbagai cabaran.
Kedua-dua mereka turut meluahkan pengharapan agar golongan muda China dan AS akan terus terlibat aktif di dalam inisiatif yang mengundang 50,000 belia AS ke China bagi pertukaran dan pengajian dalam tempoh lima tahun akan datang, selain memperkukuh interaksi, meningkatkan persefahaman, mewarisi persahabatan sedia terjalin agar menyumbang kepada perkembangan hubungan China-AS dan keamanan dunia.
Untuk rekod, sebelum ini wakil-wakil guru dan pelajar dari Persatuan Pertukaran Pelajar Muda AS-China di Washington telah mengirim kad ucapan tahun baharu kepada Presiden Xi dan isteri. Kad tersebut turut disertakan dengan tandatangan dari lebih 100 orang guru dan pelajar terlibat.
- Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
- Demi Masa Depan Lebih Baik
- Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
- Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
- Minggu Drama China-ASEAN (Nanning) Buka Tirai
- Golongan Remaja China-AS Bersilaturahim untuk Tambah Elemen Proaktif Hubungan Bilateral - Peng
- Xi Harap Golongan Belia Menyumbang kepada Persahabatan China-AS
- China, AS Mahu Tingkatkan lagi Kerjasama Pelancongan
- Xi Tahniah Perasmian Persidangan Pelancongan China-AS
- Presiden Xi Balas Surat kepada Pelajar Sekolah Menengah AS
- Han Zheng Temu Wakil Flying Tigers