Warga Beijing Teruja Rasai Suasana Awal TBC
|
Seorang pengunjung mengambil gambar bersama hiasan sambutan Tahun Baru Cina. (People’s Daily Online/Wu Chaolan) |
Menjelang ketibaan sambutan Tahun Baru Cina (TBC) atau Festival Musim Bunga kira-kira sebulan lagi, suasana kemeriahan semakin dapat dirasai di sekitar Beijing.
Di Muzium Kraftangan dan Seni Kebangsaan China, pameran Festival Musim Bunga telah membuka tirainya baru-baru ini dalam usaha untuk memperlihatkan kepelbagaian dan kekayaan amalan kebudayaan semasa festival tersebut.
Antara yang dipaparkan pada pameran itu adalah bunga api elektronik, dan pelbagai jenis tanglung yang digantung tinggi. Hiasan yang meriah juga memperlihatkan keunikan budaya TBC dari kawasan yang berbeza serta amalan tradisional.
Muzium tesebut meriah dengan suasana meriah Festival Musim Bunga, mempersembahkan warisan budaya yang kaya dan keseronokan yang dibawa musim ini, dengan segenap sudut muzium dihiasi dengan hiasan perayaan, sekali gus mengalu-alukan ketibaan Tahun Baru Cina.
Awal bulan ini, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah menyenaraikan Festival Musim Bunga, amalan sosial masyarakat Cina dalam sambutan tahun baharu tradisional ke dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan.
|
Gelagat pengunjung yang sedang bergambar. (People’s Daily Online/Wu Chaolan) |
|
Seorang pengunjung mengajar anaknya menulis karakter ‘Fu’ yang membawa maksud rahmat di atas kertas merah untuk hiasan. (People’s Daily Online/Wu Chaolan) |
|
Seorang kanak-kanak menulis karakter ‘Fu’ yang membawa maksud rahmat di atas kertas merah untuk hiasan. (People’s Daily Online/Wu Chaolan) |
|
Sepasang pelawat sedang cuba menyelesaikan teka teki yang terdapat pada tanglung. (People’s Daily Online/Wu Chaolan) |
|
Seorang pelawat bergambar pada pameran yang bertemakan ular tersebut. (People’s Daily Online/Wu Chaolan) |
|
Seorang pengunjung sedabg bergambar. (People’s Daily Online/Wu Chaolan) |
|
Seorang pengunjung bermain touhu, iaitu aktiviti perayaan tradisional Cina. (People’s Daily Online/Wu Chaolan) |
|
Tanglung yang digantung pada pameran tersebut. (People’s Daily Online/Wu Chaolan) |