- Lain-lain
Macau Menuju ke Arah Menjadi Hab Sukan
Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Macau dalam pengumuman dasar fiskal untuk 2024 telah menekankan rancangan untuk membangunkan bandar itu sebagai hab sukan.
Foto kereta sedang berluma pada Grand Prix Macau ke-71. (Foto ihsan Pejabat Pelancongan Macau)
Ketua Eksekutifnya, Ho Iat Seng memberitahu bahawa Macau mempunyai sasaran untuk menjadi tuan rumah sekurang-kurangnya bagi dua acara sukan antarabangsa setiap bulan, sekali gus menjadi wilayah itu sebagai terkenal dengan acara sukan serta menarik pengunjung dari pelbagai tempat.
Inisiatif tersebut dilihat telah memperkaya peranan Macau selaku pusat pelancongan dan riadah dunia, secara tidak langsung menjadikan ia sebagai bandar yang aktif dan bertenaga.
Grand Prix Macau ke-71 yang baru melabuhkan tirainya pada mutakhir ini telah menarik kunjungan lebih daripada 100,000 pengunjung.
Sebagai acara utama yang terkenal dengan keunikan litar bandar, perlumbaan itu telah diadakan lebih dari 7 dekad sejak pertama kali diperkenalkan pada 1957 yang seterusnya menjadi contoh aspirasi kepada cita-cita ‘hab sukan’ Macau.
Pada masa sama, pertandingan lain seperti sukan tenis, bola tampar, golf dan snuker turut diketengahkan pada sepanjang tahun, yang mewujudkan suasana gembira dan keterujaan berpanjangan. Sebagai contoh, tiket acara sukan seperti acara ping pong dan bola tampar wanita telah laku dijual dengan pantas.
Foto acara Maraton Antarabangsa Galaxy Entertainment Macao 2024 yang berlangsung pada 1 Disember 2024. (Foto ihsan laman WeChat rasmi Pejabat Kerajaan SAR Macau di Beijing)
Budaya masyarakat Macau yang penuh bertenaga terzahir menerusi kewujudan sekitar 2,000 persatuan berkaitan sukan daripada keseluruhan sekitar 12,000 persatuan yang terdapat di wilayah itu.
Pelan Tindakan Macau Sihat, rancangan untuk menjadikan Macau sebuah bandar yang sihat, telah dilancarkan pada 16 Julai lalu. Pada majlis pelancaran itu, wakil dari pelbagai jabatan dan persatuan kerajaan SAR Macau menyertai senaman regangan, mengikuti video dan dibimbing oleh pengajar secara fizikal.
Pendekatan inovatif dan praktikal ini menggariskan mesej teras iaitu, membina Macao menjadi hab sukan bermula dengan orang ramai. Ia bermakna, sekiranya semua orang terlibat, bandar tersebut akan berkembang maju dengan kesihatan dan kecergasan secara semula jadi.
Aktiviti jalan laju diadakan bagi menandakan pembukaan Jambatan Macau pada 29 September 2024 yang disertai oleh 21,000 orang awam. (Foto ihsan akaun WeChat rasmi Pejabat Kerajaan SAR Macau di Beijing)
Bagi atlet profesional, mereka memerlukan fasiliti yang juga profesional, manakala keterlibatan orang awam dalam sukan biasanya terbatas dengan venue yang mencukupi serta mudah akses.
Menurut Biro Sukan Kerajaan SAR Macau, wilayah itu telah mendirikan sejumlah 40 fasiliti kecergasan dan sukan awam termasuk kemudahan khas seperti kolam renang, pusat menembak, gelanggang tenis dan bola keranjang serta kemudahan serba guna termasuk dewan sukan, arena dan pusat kecergasan.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Kerajaan SAR Macau turut membuat pencapaian cemerlang untuk menambah baik perkhidmatan.
Misalnya, aplikasi telefon pintar ‘Akaun Satu Macau’ telah memudahkan akses kepada maklumat mengenai waktu operasi venue sukan, pembelian tiket, dan maklumat terkini tentang acara sukan. Malah, ia turut menawarkan orang awam maklumat tentang perubatan sukan serta peluang untuk terlibat dalam kelas kesihatan komuniti.