99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Pembangunan Internet China Kembangkan Pertumbuhan Ekonomi ‘Lautan Biru’

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 19 Disember 2024

Dua kenderaan pembersih jalan tanpa pemandu sedang bekerja di Huzhou, Provinsi Zhejiang, timur China. (People’s Daily Online/Xie Shangguo)

Dua kenderaan pembersih jalan tanpa pemandu sedang bekerja di Huzhou, Provinsi Zhejiang, timur China. (People’s Daily Online/Xie Shangguo)

Pada Sidang Kemuncak Wuzhen Persidangan Internet Dunia 2024 di Provinsi Zhejiang, beberapa siri teknologi termaju telah mencuri tumpuan pengunjung, termasuk set kepala yang membolehkan seseorang melihat produk virtual dalam senario dunia nyata, serta lengan robotik yang bukan sahaja mampu menggerakkan jari, malah membuat ‘tanda bagus’.

Kesemua teknologi memaparkan kejayaan terkini dalam inovasi teknologi China. Pada tahun-tahun mutakhir ini, China telah membuat pencapaian bersejarah dan transformasi dalam hal ehwal siber dan teknologi maklumat, sekali menjadi kuasa internet global.

"Dari sifar kepada satu" dan "dari satu kepada tidak terbatas," internet telah membentuk semula cara pentadbiran negara, penghasilan barangan serta gaya kerja dan kehidupan manusia.

Ruang siber maya telah membawa banyak perubahan ketara dan positif, secara tidak langsung menunjukkan usaha gigih China untuk mengukuhkan pembangunan internetnya.

Pada masa lalu, panggilan teksi boleh menjadi satu kesukaran bagi ramai orang, tetapi hari ini, perkhidmatan panggilan teksi dalam talian telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian masyarakat China.

Manakala, barisan panjang di kaunter tiket stesen kereta api boleh sentiasa dilihat semasa musim cuti, sementara kemunculan telefon pintar kini membolehkan orang ramai menempah tiket, memilih tempat duduk, dan juga memesan makanan dalam talian dengan hanya beberapa ketikan.

Perubahan yang boleh dilihat ini menyerlahkan kemampuan internet dalam memperkasakan pembangunan ekonomi dan sosial secara mendalam.

Internet telah sesuatu yang asas dalam setiap aspek masyarakat. Ia telah menyuntik daya hidup yang luar biasa ke dalam ekonomi dan masyarakat China, menjadikan ia sebagai negara perintis dan peneraju dalam ekonomi digital global.

Petani menggunakan penstriman langsung untuk mempromosi produk masing-masing di tempat penanaman brokoli di kampung Wuzhai, pekan Zhengwu, Fuyang di Provinsi Anhui timur China pada 28 November 2024. (People’s Daily Online/Su Fei)

Petani menggunakan penstriman langsung untuk mempromosi produk masing-masing di tempat penanaman brokoli di kampung Wuzhai, pekan Zhengwu, Fuyang di Provinsi Anhui timur China pada 28 November 2024. (People’s Daily Online/Su Fei)

Sebagai contoh, perkhidmatan e-dagang dan e-kerajaan telah mengubah corak penggunaan dan memperkemas prosedur pentadbiran. Platform media sosial seperti Weibo, WeChat dan aplikasi video pendek telah mengubah cara manusia berkomunikasi.

Transformasi tersebut kemudiannya diikuti dengan perkembangan pesat teknologi baru muncul seperti data raya, pengkomputeran awan, dan kecerdasan buatan (AI), serta produk budaya digital seperti siri laman sesawang, kesusasteraan dalam talian dan animasi digital.

Menurut laporan Persekutuan Robotik Antarabangsa, China telah mencapai kemajuan yang ketara dalam automasi pembuatan, mengatasi Jerman dan Jepun untuk mendapat tempat ketiga dalam kedudukan ketumpatan robot industri global pada 2023. Penumpuan mendalam antara internet industri dan robotik pintar memberi kebangkitan ke era baharu perindustrian pintar.

Misalnya, kilang pintar mendorong peralihan daripada "buatan China" kepada "buatan pintar di China." Terminal tanpa pemandu dan pelabuhan pintar telah membolehkan pengendalian barangan dari jauh, serta anjing robot dan dron telah menjadi "porter" baharu di destinasi pelancongan.

Penyepaduan mendalam bagi ekonomi digital dan sebenar sedang mengubah industri tradisional di setiap peringkat dan merentasi keseluruhan rantaian nilai. Ia sekali gus memperkukuh, menggandakan dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi untuk terus memupuk daya produktif baharu yang berkualiti.

Penemuan teknologi utama

Pembangunan internet China telah mencerminkan usaha gigihnya untuk menembusi teknologi utama.

Baru-baru ini, pasukan penyelidik di Universiti Tsinghua telah membangunkan cip latihan optik "Taichi-II", yang menandakan kemajuan lonjakan dalam industri cip.

China telah berjaya mencipta kejayaan berturut-turut dalam teknologi komunikasi mudah alih. Ia termasuk daripada tidak mempunyai 1G, dan kini sedang menjadi peneraju dunia dalam 5G.

Pelawat melihat aplikasi AI dalam senario pintar di Light of Internet Expo semasa Sidang Kemuncak Wuzhen Persidangan Internet Sedunia 2024 di bandar air Wuzhen, Provinsi Zhejiang, timur China, pada 19 November 2024. (People's Daily Online/Zhang Feng)

Pelawat melihat aplikasi AI dalam senario pintar di Light of Internet Expo semasa Sidang Kemuncak Wuzhen Persidangan Internet Sedunia 2024 di bandar air Wuzhen, Provinsi Zhejiang, timur China, pada 19 November 2024. (People's Daily Online/Zhang Feng)

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan kemajuan pesat perisian dan teknologi litar bersepadu, China telah memperlihatkan penggunaan lebih luas dalam sistem pengendaliannya yang dibangunkan secara kendiri.

Negara Tembok Besar itu juga telah mencapai kejayaan dalam sektor perintis seperti komunikasi kuantum dan pengkomputeran kuantum, sambil membuat kemajuan yang ketara dalam teknologi asas kritikal, termasuk cip mewah, komponen teras dan perisian asas, yang memperoleh kelebihan daya saing global dalam bidang tertentu.

Ia juga mengekalkan kedudukan utama dalam kuantiti dan kualiti kertas penyelidikan AI di seluruh dunia.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-30 China mencapai akses berfungsi penuh ke internet. Sepanjang tiga dekad yang lalu, internet telah menjadi sebahagian daripada masyarakat China.

Daripada portal web kepada pemesejan segera, daripada platform komputer atas meja kepada peranti mudah alih, dan daripada enjin carian kepada Internet Kebendaan (IoT), internet telah memecahkan sempadan fizikal, membuka peluang kepada rakyat biasa, meluaskan kemungkinan untuk inovasi dan kreativiti, dan menyediakan potensi yang tidak terbatas untuk pembangunan inovatif.

Nota: Lautan biru atau “Blue ocean” merupakan terma industri keusahawanan yang diperkenal pada 2005 untuk memberi definisi terhadap pasaran baharu dengan sedikit persaingan atau halangan dalam menginovasi.

Video

Berita Berkaitan