99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Enam Konsensus Tercapai Mesyuarat ke-23 Wakil Khas Isu Sempadan China-India

(CRI)Khamis 19 Disember 2024
Enam Konsensus Tercapai Mesyuarat ke-23 Wakil Khas Isu Sempadan China-India

Mesyuarat ke-23 Wakil Khas China-India Mengenai Isu Sempadan diadakan di Beijing pada Rabu.

Pihak China diwakili oleh Wang Yi yang juga merupakan ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Pusat, manakala pihak India diwakili oleh Penasihat Keselamatan Negara, Ajit Doval.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk terus mengambil langkah memelihara keamanan dan ketenteraman di kawasan sempadan demi mendorong hubungan dua hala berkembang secara sihat dan mampan.

China dan India komited meneruskan usaha untuk mencari pelan penyelesaian isu sempadan yang adil dan boleh diterima oleh kedua-dua pihak.

Sementara itu, kedua-dua pihak telah membuat penilaian terhadap situasi semasa di kawasan sempadan, bersetuju untuk memperhalusi peraturan kawalan sempadan, serta mempergiat interaksi dan kerjasama rentas sempadan.

Selain itu, kedua-dua pihak komited untuk melaksanakan konsensus yang tercapai mesyuarat kali ini, dan bersetuju mesyuarat pusingan seterusnya diadakan di India pada tahun depan.

Video

Berita Berkaitan