99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Kadar Sara Diri Tenaga China Kekal Lepasi 80 Peratus

(CRI)Isnin 16 Disember 2024

Keupayaan China dalam menjamin keselamatan tenaga terus diperkukuh, menyaksikan kadar sara diri tenaga kekal melebihi 80 peratus pada tahun ini.

Kapasiti janakuasa terpasang China mencatat kira-kira 3.32 bilion kilowatt pada 2024 dengan jumlah penjanaan kuasa sebanyak 10 trilion kilowatt-jam (kWj), meningkat 5.7 peratus berbanding tahun lepas.

Antaranya, kapasiti terpasang tenaga boleh diperbaharui bertambah sebanyak 300 juta kilowatt, menyumbang lebih 85 peratus kepada keseluruhan kapasiti terpasang tambahan di negara Tembok Besar.

Pada masa sama, pelbagai projek kuasa hidro utama terus digerakkan secara teratur, menyaksikan jumlah kapasiti terpasang hidroelektrik di seluruh negara mencecah 435 juta kilowatt.

China kini mempunyai 102 unit generator janakuasa nuklear yang sudah beroperasi atau dalam pembinaan dengan kapasiti terpasang sebanyak 113 juta kilowatt, sekali gus menjadikannya mendahului negara lain dari aspek penjanaan tenaga nuklear.

Video

Berita Berkaitan