99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Sanggup Komunikasi dengan Jabatan Perdagangan Pentadbiran Baharu AS

(CRI)Jumaat 13 Disember 2024

China yang sentiasa mengekalkan komunikasi erat dengan kumpulan pegawai ekonomi dan perdagangan Amerika Syarikat (AS), mengambil sikap yang terbuka terhadap kegiatan seumpama itu dengan kerajaan AS penggal baharu.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Perdagangan China, He Yadong pada sidang media Khamis, ketika menjawab soalan wartawan seperti "adakah kumpulan pegawai ekonomi dan perdagangan dari Beijing dan Washington telah mengadakan perhubungan setelah Howard Lutnick dicalonkan Donald Trump sebagai Setiausaha Perdagangan AS?" dan "Apa kenyataan baharu Washington berhubung rancangan Trump yang mengenakan tarif tambahan sebanyak 10 peratus terhadap produk yang diimport dari China?"

Menurut He, China berpendirian konsisten untuk menentang tarif tambahan secara sepihak, dan bersedia berpegang pada prinsip saling hormat, hidup secara damai, dan kerjasama bagi sama menang, memperbanyak dialog dan penyelarasan, serta menangani perselisihan secara berhemah supaya dapat mendorong hubungan bilateral berkembang dengan stabil dan berkekalan.

Video

Berita Berkaitan