99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Bekas Duta Besar Thai ke China Beri Bayangan Hubungan Lebih Erat Menjelang Ulang Tahun ke-50

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 11 Disember 2024

Foto bekas Duta Besar Thailand ke China, Arthayudh Srisamoot ketika menerima wawancara yang dianjurkan Pusat China-ASEAN (ACC) semasa lawatan media ke Bangkok, Thailand pada 8 Disember 2024. (Huangqiu.com/Qi Chenjiong)

Foto bekas Duta Besar Thailand ke China, Arthayudh Srisamoot ketika menerima wawancara yang dianjurkan Pusat China-ASEAN (ACC) semasa lawatan media ke Bangkok, Thailand pada 8 Disember 2024. (Huangqiu.com/Qi Chenjiong)

Menjelang ulang tahun ke-50 penjalinan hubungan diplomatik China-Thailand, bekas Duta Besar Thailand ke China, Arthayudh Srisamoot menyifatkan hubungan kedua-dua negara sebagai ‘seperti satu keluarga’, selain berpandangan bahawa ia satu pencapaian signifikan.

Beliau berkata demikian ketika berkongsi mengenai hubungan pelbagai aspek dan berakar umbi antara China dan Thailand, serta pandangan terhadap hubungan China-ASEAN semasa menerima wawancara yang dianjurkan Pusat China-ASEAN (ACC) sempena lawatan media ke Bangkok pada Ahad.

Srisamoot turut memberikan pujian terhadap hubungan budaya, sosial dan ekonomi yang berkekalan, yang khususnya dicapai menerusi hubungan erat dan mendalam komuniti Cina di Thailand.

Katanya, kerjasama kedua-dua pihak kini menjangkau ke semua bidang yang tidak hanya tertumpu kepada politik dan ekonomi, tetapi juga dalam sosial, kebudayaan, serta hubungan antara rakyat.

Mengimbau kembali ketika menggalas tugas sebagai Duta Besar, Srisamoot telah menekankan tentang kerjasama ekonomi yang semakin berkembang, dan menzahirkan kegembiraannya tatkala melihat minat yang timbul dalam kalangan pelabur China ke Thailand, khususnya dalam industri berteknologi tinggi seperti kenderaan elektrik dan tenaga baharu.

Beliau juga membayangkan bahawa kedua-dua negara akan mempunyai kolaborasi yang lebih hebat kelak khususnya dalam tenaga hijau, teknologi bersih dan pendidikan.

“Ramai pelajar China kini sedang belajar di Thailand, manakala pelajar Thai yang belajar di China juga semakin bertambah,” ujar Srisamoot, sambil menekankan bahawa pertukaran tersebut memupuk persefahaman bersama dan mensiap-siagakan generasi seterusnya untuk menerajui perkongsian serantau serta dua hala.

Ketika membincangkan mengenai hubungan China-ASEAN, beliau memuji peranan China sebagai rakan dialog utama.

“China sentiasa menjadi penyokong teguh pemusatan ASEAN dan kerjasama serantau,” ujar beliau lagi, sambil memberikan inisiatif seperti Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN, Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara dan rangka kerja Kerjasama Lancang-Mekong sebagai contoh.

Sejak penubuhan Hubungan Dialog China-ASEAN pada 1991, hubungan kedua-dua pihak telah dinaik taraf secara berterusan serta merangkul kejayaan yang membanggakan. Pada 2021, China dan ASEAN telah bersetuju untuk mengangkat status kerjasama kepada perkongsian strategik komprehensif.

“Hubungan China dan ASEAN adalah simbol kepada kerjasama yang berjaya. Komuniti antarabangsa kini melihat kerjasama ASEAN dan China sebagai asas kepada peranan ASEAN dalam komuniti antarabangsa,” ujar Srisamoot.

Video

Berita Berkaitan