- Lain-lain
China Ikrar Dorong Pembangunan AI yang Inklusif dan Universal
China menyambut pelbagai negara di dunia melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan Kumpulan Rakan Kolaborasi Antarabangsa Pembangunan Kemampuan Kecerdasan Buatan (AI), melaksanakan Rancangan Universal Pembangunan Kemampuan AI, menjana impak sosial di persada antarabangsa, memperluas kerjasama, dan mengecilkan jurang perbezaan dalam bidang AI agar mencetuskan momentum kuat bagi pembangunan lestari dalam senario global.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian pada sidang media di sini pada Khamis.
Beliau berkata, penubuhan kumpulan berkenaan diwartakan dalam mesyuarat pertamanya yang dianjurkan bersama China dan Zambia di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa.
Turut hadir, perwakilan dari lebih 80 buah negara termasuk Mesir, Pakistan, Brazil, Ethiopia, Indonesia, Rusia, Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Britain.
Ini merupakan tindakan lanjut dalam pelaksanaan resolusi Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) tentang pembangunan kemampuan AI, dan juga mencerminkan keazaman China untuk mendorong pembangunan AI ke arah yang inklusif dan universal.
Dewasa ini, perkembangan pesat teknologi AI mendatangkan banyak peluang kepada pembangunan sosioekonomi di setiap pelosok dunia. Dalam Sidang Kemuncak Kumpulan 20 di Rio de Janeiro, Brazil tidak lama dahulu, Presiden China Xi Jinping pernah menyeru agar memperhebat tadbir urus dan kolaborasi antarabangsa dalam bidang AI demi kemaslahatan rakyat dan mengamalkan nilai-nilai universal supaya dapat mengelakkannya daripada terjerumus menjadi "permainan untuk negara dan golongan yang kaya".
Pendirian China ini juga merupakan aspirasi bersama "Selatan Global".
Kumpulan Rakan Kolaborasi Antarabangsa Pembangunan Kemampuan AI akan dibina menjadi wahana pertukaran dan kerjasama antarabangsa berdasarkan sokongan PBB, pertubuhan antara kerajaan yang paling berwibawa, relevan dan inklusif di persada dunia.
- Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
- Teroka Pasar Malam di Shenzhen
- Skrin Paparan Lut Sinar Karbon Rendah, Mesra Alam
- Bar Oksigen Mikroalga, ‘Paru-paru Hijau’ Dalam Bangunan di Shenzhen
- Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
- Dialog Kerajaan China-AS Bincangkan Topik AI
- Gala AI Pertama Dianjur Dengan Jaya di Beijing
- Persidangan AI Dunia 2023 di Shanghai
- Industri Kejenteraan Beralih ke Arah Pintar dan Hijau
- Gim Layan Diri Pintar Beri Manfaat kepada Penduduk Xiamen
- Skylight Pintar Gergasi Siap Dibina di Stesen Xiamenbei
- Robot Beri Pengunjung Rasa Masa Depan