99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Laporan Terbaru Tekankan Usaha China Jamin Akses Budaya Golongan Cacat Penglihatan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 04 Disember 2024

Seorang pelajar dari Sekolah Orang Buta Beijing menyentuh model meja pasir Muzium Istana di Galeri Pengalaman Sensori Muzium Istana, Beijing, 1 Disember 2024. (Xinhua/Li Xin)

Seorang pelajar dari Sekolah Orang Buta Beijing menyentuh model meja pasir Muzium Istana di Galeri Pengalaman Sensori Muzium Istana, Beijing, 1 Disember 2024. (Xinhua/Li Xin)

Laporan yang diterbitkan oleh sebuah badan pemikir pada Selasa, menekankan usaha berterusan China pada tahun-tahun kebelakangan ini untuk menjamin akses golongan cacat penglihatan kepada unsur-unsur budaya.

Laporan berkenaan, yang berjudul "Usaha China untuk Menjamin Hak Kebudayaan Golongan Cacat Penglihatan: Dari Sudut Inisiatif Kebajikan Masyarakat ‘Cinema of Light’”, disiarkan dalam bahasa Cina dan Inggeris oleh Yayasan Pembangunan Hak Asasi Manusia China bersama Badan Pemikir Peringkat Tinggi Negara Agensi Berita Xinhua pada Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa.

Bekalan Kandungan Mudah Akses Bertambah Banyak

China mempunyai lebih 17 juta individu yang cacat penglihatan, salah satu populasi cacat penglihatan terbesar di dunia.

Pada 2017, Persekutuan Orang Kurang Upaya China dengan kerjasama pihak-pihak berkuasa yang berkenaan, melancarkan satu projek galakan membaca digital. Kempen tersebut menawarkan buku audio digital dan kandungan Braille elektronik melalui platform penerbitan digital dan alat-alat bacaan mudah akses, untuk menangani masalah dari segi kos yang tinggi dan tempoh pengeluaran yang lama, yang bersabit dengan penerbitan buku Braille tradisional.

Memetik laporan tersebut, setakat Oktober 2024, projek itu meliputi 353 perpustakaan awam di merata negara, dengan penggunaan 146,575 alat buku audio pintar.

Sistem Perundangan Bertambah Baik

Menurut laporan itu lagi, sistem perundangan China yang menguntukkan perlindungan hak orang kurang upaya berpaksi pada Akta Perlindungan Orang Kurang Upaya dengan sokongan undang-undang dan peraturan berkaitan persekitaran mudah akses, pendidikan, pekerjaan dan pemulihan golongan kurang upaya.

Akta Perlindungan Orang Kurang Upaya yang berkuat kuasa sejak 1990 dengan pindaan terbaru pada 2018, memaktubkan bab khas tentang kehidupan kebudayaan yang menekankan bahawa aktiviti-aktiviti budaya, sukan dan rekreasi perlu disesuaikan untuk memenuhi keperluan pelbagai jenis kecacatan.

Ia juga menggariskan tanggungjawab kerajaan mengenai penyusunan dan penerbitan buku dan buku audio Braille, serta penubuhan bilik bacaan buku dan buku audio Braille di perpustakaan awam.

Daripada bekalan produk dan perkhidmatan mudah akses, kepada dasar sokongan dan kaedah legislatif, usaha kerajaan China berserta penglibatan pelbagai kumpulan sosial telah menyerlahkan komitmen untuk memastikan golongan cacat penglihatan melibatkan diri dengan lebih baik dalam bidang budaya, menurut laporan itu.

Video

Berita Berkaitan