99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Wang Yi Terima Kunjungan Rombongan Diplomat AS

(CRI)Rabu 04 Disember 2024

China komited terus memperbaiki dan mengembangkan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) mengikut prinsip saling menghormati, hidup bersama secara damai, bekerjasama untuk sama menang, tak kira apa perubahan yang dialami AS dalam situasi domestiknya.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi ketika menerima kunjungan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Kebangsaan Dasar Luar AS (NCAFP) dan anggota rombongnya di sini pada Selasa.

Menurut Wang, dalam pertemuan Presiden kedua-dua negara China dan AS di Lima, Peru tidak lama dahulu, Presiden Xi Jinping pernah menggariskan tujuh perkara tentang pengalaman dan inspirasi bagi mengembangkan hubungan dua hala dan menegaskan bahawa China konsisten dalam memperjuangkan matlamat mendorong hubungan China-AS berkembang ke arah yang stabil, sihat dan berterusan, mengamalkan prinsip saling menghormati, hidup secara damai, bekerjasama dan menang-menang, tidak berganjak dari melindungi kedaulatan, keselamatan, hak dan kepentingan pembangunan di negara sendiri, dan tetap berhasrat untuk terus menyuburkan persahabatan tradisional dalam kalangan rakyat.

Wang menegaskan bahawa hala tuju masa depan hubungan China-AS bergantung kepada pilihan yang dibuat pihak AS, dan memerlukan usaha dari kedua-dua pihak. AS diharap mengambil langkah sehaluan dengan China.

Antara usaha berkenaan termasuk memastilkan hubungan dua hala berada dalam keadaan stabil, memastikan persepsi strategik yang betul, komunikasi dan dialog kekal aktif, tidak bertindak melampau menginjak-injak garis merah dalam hubungan dua hala, dan terus memudahkan mobiliti dalam pertukaran dalam kalangan rakyat.

Sementara itu, pihak AS menyatakan bahawa sempena peralihan pentadbiran negaranya, diharap kedua-dua pihak mengekalkan komunikasi yang berkesan demi kestabilan hubungan dua hala.

Video

Berita Berkaitan