- Lain-lain
Xi Utus Tahniah Mesyuarat PBB Sempena Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin
Presiden China Xi Jinping menyampaikan ucapan tahniah sempena mesyuarat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diadakan pada Selasa untuk memperingati Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin.
Xi berkata isu Palestin merupakan teras isu Asia Barat dan juga berkait rapat dengan keadilan dan kesaksamaan antarabangsa.
Keutamaan ketika ini adalah melaksanakan sepenuhnya resolusi Majlis Keselamatan PBB, melakukan gencatan senjata serta-merta dan meredakan situasi di kawasan berkenaan.
Xi menyatakan bahawa jalan keluar asas bagi isu Palestin adalah 'penyelesaian dua negara' yakni penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan garis sempadan tahun 1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya.
Menurut beliau, China berpendirian konsisten dalam mendukung perjuangan adil rakyat Palestin untuk memulihkan hak bangsa mereka yang sah, dan juga menyokong Palestin menjadi anggota penuh PBB.
China akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk menggerakkan isu Palestin kembali ke landasan yang betul iaitu berpandukan 'penyelesaian dua negara' dan memastikan isu berkenaan diselesaikan secara komprehensif, adil dan berkekalan seawal mungkin.
- Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
- Sekilas Teknologi AI yang Dipamerkan pada CIIE ke-7
- Understanding China | Bagaimanakah China, dengan populasinya yang besar, dapat merealisasikan pemodenan?
- Understanding China | Jalan pemodenan China berteraskan keharmonian manusia dan alam
- Jalan-jalan Bandar: Menelusuri Jalan Kebudayaan Purba Tianjin
- Senjata Api dan Sekatan Sepihak Bukan yang Diperlukan dalam Penyelesaian Konflik Palestin-Israel
- Memastikan Hak dan Kepentingan Rakyat Palestin Terjamin - Wakil China
- China Bersedia Mainkan Peranan Konstruktif demi Keamanan dan Kestabilan Asia Barat
- 14 Fraksi Palestin Tandatangani 'Deklarasi Beijing'
- PM Malaysia Hargai Usaha China Jadi Pemudah Cara Isu Palestin
- Hamas Alu-alu Resolusi Gencatan Senjata UNSC
- Rundingan Fatah, Hamas di Beijing Capai Kemajuan Positif
- China Kecewa AS Memveto Keanggotaan Palestin dalam PBB
- China Seru Pihak Terbabit Bertenang
- Anggota Kerajaan Baharu Palestin Angkat Sumpah