- Lain-lain
Guizhou, Tempat Pelajar dari Merata Dunia Asah Kemahiran Praktikal
Wartawan asing bergambar bersama pelajar asing di Kolej Vokasional dan Teknikal Sumber Air dan Hidrokuasa Guizhou. (People’s Daily Online/Yang Qian)
Pencapaian provinsi Guizhou dalam usaha gigihnya untuk memajukan pendidikan vokasional menjadi fokus wartawan asing semasa kunjungan mereka pada 23 Oktober.
Rombongan tersebut yang terdiri daripada 17 wartawan dari 15 negara Asia Pasifik termasuk Filipina, Malaysia, Thailand dan Kemboja membawa para peserta ke Bandar Pendidikan Vokasional Qingzhen, yang merupakan salah satu daripada taman pendidikan vokasional terbesar di China.
Selepas lebih 10 tahun dibangunkan, taman berkenaan yang letaknya di bandar Guiyang, menjadi tapak kepada 16 kolej vokasional, menawarkan 322 jurusan dengan sokongan 30 kolej perindustrian, mengeluarkan lebih 40,000 bakat teknikal dan mahir setiap tahun.
“Saya tak pernah sangka dapat berjumpa pelajar-pelajar Kemboja di sini,” kata Sek Odom, jurnalis dari Bayon TV Kemboja. “Saya sangat berterima kasih kepada Guizhou kerana memberi mereka peluang untuk berinteraksi dan belajar.”
Katanya lagi, mengasah kemahiran menerusi pendidikan vokasional akan banyak membantu para pelajar dalam pekerjaan mereka kelak.
Anna Malindog-Uy dari Manila Times Filipina pula memuji sektor pengangkutan Guizhou yang kemajuannya dikatakan sangat mengagumkan. “Perubahan besar inilah yang menghubungkan Guizhou, China dan dunia.”
Ujar Anna, yang menjadikannya lebih gembira ialah pelajar-pelajar antarabangsa dari serata dunia dapat mencari pekerjaan yang baik selepas tamat pengajian, berkat teknologi yang begitu praktikal.
Robot yang bekerja menarik perhatian ramai di pangkalan latihan Kolej Vokasional dan Teknikal Sumber Air dan Hidrokuasa Guizhou. (People’s Daily Online/Yang Qian)
Wartawan asing melawat Universiti Vokasional Jiaotong Guizhou. (People’s Daily Online/Yang Qian)
Wartawan asing berbual dengan pelajar asing di Universiti Vokasional Jiaotong Guizhou. (People’s Daily Online/Yang Qian)
- Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
- Sekilas Teknologi AI yang Dipamerkan pada CIIE ke-7
- Understanding China | Bagaimanakah China, dengan populasinya yang besar, dapat merealisasikan pemodenan?
- Understanding China | Jalan pemodenan China berteraskan keharmonian manusia dan alam
- Jalan-jalan Bandar: Menelusuri Jalan Kebudayaan Purba Tianjin
- Wartawan Asing: Kebahagiaan di Komuniti Guiyang Sangat Tinggi
- Liga Pendidikan Vokasional Dunia Ditubuh
- Konsert Tepi Jalan Guiyang, Alunan Irama Hidup Bahagia
- Etnik Miao Raikan Festival Guzang dan Tahun Baharu Tradisional di Guizhou
- Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
- Ayuh Ikuti Lawatan Maya Jambatan Sungai Yachi
- Rombongan Wartawan Asia-Pasifik Lawat Kawasan Baharu Gui’an
- Sidang Perkongsian Media di Guiyang Wadah Peserta Bertukar-tukar Pandangan
- Wartawan Timor Leste Kenali Sulaman Miao di Xijiang
- Jom ke Guizhou dan Menari Bersama-sama