99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Lagi Banyak Negara Asing Tersenarai dalam Skim Pengecualian Visa China

(CRI)Isnin 25 November 2024

Untuk memudahkan lagi perjalanan rentas sempadan, China memutuskan untuk menambah jumlah negara asing dalam skim pengecualian visa untuk suatu tempoh masa yang tertentu, iaitu memperkenalkan pengecualian visa kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun dari 30 November 2024 hingga 31 Disember 2025.?

Menurut jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang akhbar pada Jumaat, China juga memutuskan untuk melaksanakan dasar pengecualian visa kepada pengembara untuk tujuan pertukaran dan lawatan dengan melanjutkan tempoh persinggahan maksimum daripada 15 hari kepada 30 hari.

Selain itu, pemegang pasport biasa dari 38 negara, termasuk sembilan negara yang baru ditambah itu diizinkan memasuki China tanpa visa dengan tempoh persinggahan tidak melebihi 30 hari untuk tujuan perniagaan, pelancongan, mengunjungi saudara mara dan sahabat, pertukaran dan lawatan serta transit bermula 30 November tahun ini.

Video

Berita Berkaitan