99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Artikel Xi Disiar Akhbar Peru

(CRI)Khamis 14 November 2024

China dan Peru hendaklah menyemarakkan persahabatan tradisional dan memperluas kerjasama saling untung dalam pelbagai bidang.

Demikian ujar Presiden China Xi Jinping menerusi artikelnya yang diterbitkan di akhbar El Peruano sempena beliau melawat Peru untuk Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31 serta kunjungan rasmi ke negara Amerika Latin itu.

Xi berkata dua negara harus mempergiat pertukaran dan kerjasama melibatkan seni budaya, pendidikan, penyelidikan sains, pelancongan, belia, perlindungan legasi budaya, arkeologi dan sebagainya.

Di samping itu, lebih banyak langkah dilaksanakan bagi mempermudah pertukaran personel dan memperkukuh asas hubungan bilateral dalam kalangan masyarakat.

Beliau menzahirkan komitmen China untuk merapatkan koordinasi dengan Peru bagi mendorong AELM mencapai hasil positif, sekali gus memberi sumbangan baharu ke arah membina komuniti berkongsi nasib Asia Pasifik.

Xi berkata China bersedia bersinergi dengan Peru untuk mengamalkan multilateralisme jitu, di samping mendorong multipolarisasi dunia yang sama rata dan teratur serta globalisasi ekonomi yang terangkum dan menguntungkan semua.

Video

Berita Berkaitan