99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Kekalkan Visi dan Misi Kerjasama Asia-Pasifik Atasi Cabaran Global - Xi

(CRI)Khamis 14 November 2024

Presiden China, Xi Jinping telah bertolak ke Lima, ibu negara Peru untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi ke-31 Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) serta mengadakan lawatan rasmi bermula 13 hingga 17 November, atas undangan Presiden Peru Dina Ercilia Boluarte Zegarra.

“Kerjasama Asia-Pasifik berjiwa 'keterbukaan'”, demikian disifatkan Presiden Xi tentang peri pentingnya mengekalkan keterbukaan dalam kerjasama Asia-Pasifik.

Pembangunan rantau Asia-Pasifik berkait rapat dengan kepentingan setiap anggota APEC. Xi pernah menyatakan, “pembangunan China selaku anggota keluarga Asia-Pasifik, bermula dari Asia-Pasifik, memanfaatkan Asia-Pasifik dan juga akan terus bertapak di Asia-Pasifik untuk kemaslahatan rakyat di rantau ini.”

Laporan Integrasi Ekonomi Asia Tahun 2023 menunjukkan bahawa China menyumbang banyak kepada ekonomi rantau Asia-Pasifik yang sudah pulih, iaitu mewakili sebanyak 64.2% kadar pertumbuhan ekonomi rantau ini. Manakala, pertumbuhan perdagangan barangan rantau Asia-Pasifik sebanyak 37.6% dan pertumbuhan perdagangan perkhidmatan sebanyak 44.6% pun merupakan sumbangan China.

Bekas Presiden Peru, Ollanta Moisés Humala Tasso menyatakan bahawa kehadiran Xi dalam mesyuarat APEC 2024 membawa makna yang besar, dan berharap mesyuarat kali ini dapat terus menjana momentum baharu kepada pembangunan rantau Asia-Pasifik termasuk Peru.

Seorang ahli ekonomi Jepun, Hidetoshi Tashiro menyatakan harapannya agar China memainkan peranan proaktif dalam sistem perdagangan bebas yang berasaskan amalan multilateralisme.

Sejarah silam dan realiti sekarang boleh membuktikan bahawa rantau Asia-Pasifik tidak patut dijadikan tapak permainan catur geopolitik, sebaliknya persada bagi kerjasama yang terbuka. China akan berusaha bersama dengan anggota APEC lain mendorong perkembangan Asia-Pasifik ke arah kemakmuran pada masa depan, sama seperti yang ditekankan Xi dengan menyifatkan kerjasama Asia-Pasifik sebagai satu kapal besar belayar dengan mantap dan berterusan.

Video

Berita Berkaitan