99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Suntik Kepastian, Tenaga Positif Terhadap Pembangunan Ekonomi Dunia

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 25 Oktober 2024

Biro Statistik Kebangsaan (NBS) baru-baru ini mengumumkan bahawa keluaran dalam negara kasar (KDNK) China meningkat 4.8 peratus tahun ke tahun dalam tiga suku pertama 2024.

Pertumbuhan yang berada dalam kedudukan terbaik dalam kalangan ekonomi global utama tersebut, sekali gus meletakkan asas kukuh bagi China untuk mencapai sasaran ekonomi tahunannya.

Tahun ini, ekonomi China mencatatkan pertumbuhan yang stabil secara keseluruhannya, dengan pencapaian kestabilan dalam pembangunan tenaga produktif berkualiti baharu dan kemajuan kukuh pembangunan berkualiti tinggi.

Malahan, penunjuk ekonomi utama menunjukkan peningkatan baru-baru ini, manakala daya tahan ekonomi China telah meningkatkan keyakinan pasaran antarabangsa dengan ketara.

Kontena dikendalikan di kawasan kontena pelabuhan pedalaman antarabangsa Ganzhou, provinsi Jiangxi di timur China, 4 September 2024. (People's Daily Online/Zhu Haipeng)

Kontena dikendalikan di kawasan kontena pelabuhan pedalaman antarabangsa Ganzhou, provinsi Jiangxi di timur China, 4 September 2024. (People's Daily Online/Zhu Haipeng)

Tatkala menghadapi persekitaran yang kompleks dan mencabar di dalam dan luar negara, ekonomi China menunjukkan tanda-tanda kemajuan yang mantap, menyuntik kepastian dan tenaga positif ke dalam pembangunan ekonomi global.

Kerajaan China telah mengambil dan menggunakan beberapa siri dasar serta langkah. Khususnya, sebilangan dasar tambahan yang dilancarkan oleh beberapa jabatan telah dikuatkuasakan secara beransur-ansur, sementara faktor positif untuk pemulihan dan pertumbuhan ekonomi China semakin bertambah.

Organisasi kewangan antarabangsa baru-baru ini termasuk Goldman Sachs dan UBS menaikkan unjuran masing-masing terhadap pertumbuhan ekonomi China tahun ini.

Bagi masyarakat antarabangsa pula, mereka kelihatan optimis terhadap prospek ekonomi China, dan percaya bahawa negara Tembok Besar itu mampu mencapai sasaran pertumbuhan KDNK sekitar lima peratus.

Menteri Kanan Singapura, Lee Hsien Loong berpendapat bahawa langkah yang dikeluarkan oleh kerajaan China adalah kondusif untuk meningkatkan keyakinan dan permintaan, dan banyak industri China telah mencapai standard bertaraf dunia.

Malah, bekas Perdana Menteri itu turut menyifatkan tindakan yang memandang rendah terhadap China sebagai sangat tidak bijak.

Untuk rekod, pada tiga suku pertama tahun ini, prestasi ekonomi China telah mencerminkan keupayaannya untuk mengoptimumkan struktur ekonomi dan meningkatkan kualiti ekonomi, sambil mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang stabil.

Dari Januari hingga September tahun ini, nilai tambah perusahaan pembuatan berteknologi tinggi China melebihi saiz yang ditetapkan.

Difahamkan, mereka yang mempunyai hasil perniagaan utama tahunan sekurang-kurangnya RMB20 juta (AS$2.81 juta) telah meningkat sebanyak 9.1 peratus, dan pelaburan dalam sektor teknologi tinggi pula meningkat 10 peratus berbanding setahun lalu.

Turbin angin berpusing di atas sawah di perbandaran Tangzhuang, Gaoyou, provinsi Jiangsu di timur China, 9 Oktober 2024. (People's Daily Online/Zhou Shegen)

Turbin angin berpusing di atas sawah di perbandaran Tangzhuang, Gaoyou, provinsi Jiangsu di timur China, 9 Oktober 2024. (People's Daily Online/Zhou Shegen)

Pengeluaran dan penggunaan dalam sektor tenaga angin, nuklear dan solar mengekalkan pertumbuhan pesat, mempercepatkan peralihan perindustrian ke arah tenaga baharu dan pembangunan hijau.

Sektor pembuatan China mendapat sokongan yang lebih meluas berkat kelebihannya dalam inovasi dalam pembangunan mewah, pintar dan hijau.

Dalam tiga suku pertama, eksport peralatan mewah China meningkat 43.4 peratus tahun ke tahun, manakala eksport litar bersepadu, kereta dan peralatan rumah masing-masing meningkat sebanyak 22 peratus, 22.5 peratus dan 15.5 peratus berbanding tahun lalu.

Industri tenaga baharu China juga dilihat sejajar dengan trend global pembangunan hijau, apabila eksport turbin angin dan kenderaan elektrik masing-masing melonjak 73.9 peratus dan 22 peratus.

Pengarah Eksekutif Agensi Tenaga Antarabangsa, Fatih Birol baru-baru ini sekali lagi memuji sumbangan penting yang dibuat oleh China kepada peralihan tenaga global, dengan mengatakan bahawa hampir setiap cerita tenaga pada asasnya adalah cerita China.

Pertumbuhan ekonomi China yang stabil adalah berita baik kepada ekonomi dunia. Pada masa ini, pemulihan ekonomi dunia kekal goyah.

Menurut laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), pertumbuhan global adalah lebih rendah daripada purata dalam dua dekad pertama abad ke-21.

Jentera kejuruteraan keluaran China sebelum dimuatkan dan dieksport di pelabuhan Yantai di provinsi Shandong, timur China, 14 Oktober 2024. (People's Daily Online/Tang Ke)

Jentera kejuruteraan keluaran China sebelum dimuatkan dan dieksport di pelabuhan Yantai di provinsi Shandong, timur China, 14 Oktober 2024. (People's Daily Online/Tang Ke)

Berdepan dengan kebangkitan unilateralisme dan perlindungan, China teguh berdiri dengan solidariti, kerjasama, keterbukaan dan kerjasama menang-menang.

China berjaya mencapai kemajuan yang stabil dalam memajukan pembukaan peringkat tinggi, menyemarakkan papan tanda berhuruf emas untuk memberi manfaat kepada dunia. Ia sentiasa mempromosikan kerjasama Jalur dan Laluan yang berkualiti tinggi, selain secara aktif membina platform kerjasama antarabangsa yang lebih baik seperti Ekspo Import Antarabangsa China, Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China dan Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China, untuk mengalu-alukan kemasukan lebih banyak produk berkualiti ke dalam pasaran China.

Dalam tiga suku pertama tahun ini, China mencatat rekod tertinggi dalam jumlah import dan eksport barangannya, yang julung-julung kalinya melebihi RMB32 trilion, secara tidak langsung menjadikan China sebagai enjin penting yang memacu pertumbuhan perdagangan global.

Import buah-buahan terkemuka, wain dan pakaian meningkat masing-masing sebanyak 7.1 peratus, 28.9 peratus dan 6.1 peratus, yang menandakan ia berjaya memenuhi permintaan penggunaan yang pelbagai di rumah.

Tatkala China terus mengeluarkan potensi permintaan domestiknya, pasaran China yang besar akan membawa peluang besar kepada dunia.

China sedang aktif mempergiat pembaharuan yang mendalam dan pembangunan berkualiti tinggi dengan menggalakkan pembukaan peringkat tinggi, meluaskan ruang pembangunan untuk pemodenan China.

Asas pembangunan ekonomi China kekal tidak berubah, dan keadaan negara yang menggalakkan seperti potensi pasaran yang besar dan daya tahan ekonomi yang kukuh kekal tidak berubah.

Apabila dasar berkuat kuasa, China yakin dan mampu mencapai pembangunan stabil jangka panjang, dan akan terus membawa dorongan dan peluang baharu kepada dunia dengan pembangunan baharunya.

Lengan robotik sedang bekerja di barisan pengeluaran di sebuah syarikat tenaga baharu di Yangzhou, provinsi Jiangsu, timur China. (People’s Daily Online/Meng Delong)

Lengan robotik sedang bekerja di barisan pengeluaran di sebuah syarikat tenaga baharu di Yangzhou, provinsi Jiangsu, timur China. (People’s Daily Online/Meng Delong)

Orang ramai melawat sebuah bandar purba di daerah Qinzhou, Tainshui, provinsi Gansu, barat laut China. (People’s Daily Online/Sun Zhen)

Orang ramai melawat sebuah bandar purba di daerah Qinzhou, Tainshui, provinsi Gansu, barat laut China. (People’s Daily Online/Sun Zhen)

Video

Berita Berkaitan