99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Tinjauan: BRICS Seru Pembaharuan Tadbir Urus Global

(CRI)Selasa 22 Oktober 2024

Satu tinjauan dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) bersama Universiti Renmin China mendapati majoriti responden percaya bahawa kuasa BRICS yang berkembang pesat menyuntik lebih banyak penggerak kepada tadbir urus global.

Pada pandangan mereka, adalah mustahak untuk menggerakkan orde antarabangsa ke arah lebih adil dan munasabah.

Dalam tinjauan membabitkan 1,634 responden dari negara BRICS itu, 96.2 peratus berpendapat bahawa semua negara harus mengambil bahagian dalam urusan antarabangsa secara sama rata dan bersinergi membina sistem serta orde antarabangsa.

Sebanyak 72.6 peratus responden menyokong pembaharuan diperlukan terhadap orde dan peraturan antarabangsa, yang terutamanya didominasi oleh negara maju ketika ini.

Selain itu, 83.9 peratus responden menyeru supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi lebih banyak tumpuan kepada kepentingan dan tuntutan negara Selatan Global.

Video