99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Beri Tumpuan kepada Situasi antara Israel dan Iran

(CRI)Selasa 15 Oktober 2024

Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Israel, Israel Katz melalui telefon pada Isnin.

Katz telah menerangkan pandangan dan keprihatinan pihak Israel mengenai situasi serantau kepada Wang.

Wang Yi berkata, ketegangan di kawasan Asia Barat membimbangkan masyarakat antarabangsa. Adalah mendesak untuk mewujudkan gencatan senjata di Semenanjung Gaza, di samping membebaskan semua tebusan dan menjamin kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza tanpa halangan.

Pada masa sama, China mengambil berat situasi tegang antara Israel dan Iran.

"Sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), China sentiasa berdiri teguh di sebelah kedamaian, undang-undang antarabangsa dan kebenaran," kata Wang.

Beliau menekankan bahawa China akan terus memainkan peranan membina untuk meredakan ketegangan situasi serta memulihkan kedamaian serantau.

Video

Berita Berkaitan