99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Zon Perdagangan Bebas Guangxi Galakkan Usaha Pembukaan China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 30 September 2024

Foto memperlihatkan trak memasuki China melalui Youyiguan atau Laluan Persahabatan di sempadan China-Vietnam di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China. (Foto ikhsan Jabatan Perdagangan di Guangxi)

Foto memperlihatkan trak memasuki China melalui Youyiguan atau Laluan Persahabatan di sempadan China-Vietnam di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China. (Foto ikhsan Jabatan Perdagangan di Guangxi)

Setiap hari, saluran pemeriksaan trak 12 lorong di sempadan China-Vietnam beroperasi pada kapasiti penuh, sekali gus mencerminkan hiruk-pikuk perdagangan di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China.

Pusat pemeriksaan yang terletak di Youyiguan atau Laluan Persahabatan di kawasan Chongzuo, Zon Rintis Perdagangan Bebas Guangxi akan memproses kemasukan kenderaan rentas sempadan.

Dalam kurang daripada 15 saat sahaja, pemandu trak akan mendapat kelulusan kastam dengan menggunakan pengesanan cap jari dan imbasan muka.

Penyelia operasi di Syarikat Pengurusan Rantai Bekalan Guangxi Dongju, Wang Shuqing berkata bahawa kenderaan yang tiba pada hari sama boleh berlepas ke Vietnam pada hari sama.

Dia berkata, kecekapan dalam proses kastam telah menyuntik keyakinannya dalam perniagaan kargo rentas sempadan.

Sejak ditubuhkan pada 2019, zon rintis tersebut telah memperkenal sejumlah 169 dasar inovasi yang telah diguna pakai secara meluas di seluruh wilayah itu.

Meskipun ia hanya menggunakan sejumlah kecil tanah di wilayah itu, namun ia menyumbang 37.5 peratus daripada pelaburan asing yang digunakan dan 38.5 peratus daripada jumlah perdagangan asingnya.

Di Pelabuhan Qinzhou di Guangxi, kapal yang membawa lebih 10,000 tan kargo datang dan pergi. Ribuan kontena seakan-akan blok Lego bersaiz gergasi, memenuhi dek masing-masing.

Di pusat arahan Pangkalan Logistik Antara Modal Kontena Zhonggu Qinzhou, pengendali menggunakan kecerdasan buatan untuk mengurus operasi automatik dengan satu sentuhan.

Foto memperlihatkan pusat arahan di Tapak Logistik Antara Mod Kargo Zhonggu Qinzhou di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang. (Foto Liang Zhanghui)

Foto memperlihatkan pusat arahan di Tapak Logistik Antara Mod Kargo Zhonggu Qinzhou di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang. (Foto Liang Zhanghui)

Dalam tempoh lima tahun yang lalu, Pelabuhan Qinzhou telah mengendalikan 864 juta tan kargo dan 25.88 juta unit kontena 20 kaki (TEU), selain menyelaraskan 36,550 tren antara mod rel laut di Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu.

Pembinaan pelabuhan pintar Laluan Persahabatan China-Vietnam di Pingxiang, Guangxi turut menyaksikan permulaan kerja-kerja pembinaan jalan raya berfasa pada awal Ogos lalu.

Projek pelabuhan pintar rentas sempadan pertama antara China dan Vietnam itu berobjektif untuk menyempurnakan seksyen China menjelang penghujung tahun ini.

Menurut Shi Bo, seorang petugas di tempat pemeriksaan Laluan Persahabatan, pelabuhan pintar itu nanti akan membolehkan urusan berkaitan kastam untuk kenderaan dapat dilaksanakan secara automatik 24 jam sehari, secara tidak langsung melancarkan lagi pengangkutan rentas sempadan.

Dalam tempoh lima tahun kebelakangan, jaringan pengangkutan antara mod rel laut di sepanjang Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu itu telah diperluas kepada 18 provinsi di serata China.

Kini, koridor itu juga telah mempunyai sejumlah 518 pelabuhan di 124 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Di pusat perdagangan buah-buahan China-ASEAN di Zon Rintis Perdagangan Bebas Guangxi di Chongzuo, turut dipaparkan adalah skrin data yang memperlihatkan maklumat terkini tentang transaksi, volum dan jumlah buah dalam masa nyata.

Foto memaparkan buah-buahan yang dipamerkan di pusat perdagangan buah-buahan China-ASEAN di Zon Rintis Perdagangan Bebas Guangxi di Chongzuo. (Foto ikhsan Jabatan Perdagangan Guangxi)

Foto memaparkan buah-buahan yang dipamerkan di pusat perdagangan buah-buahan China-ASEAN di Zon Rintis Perdagangan Bebas Guangxi di Chongzuo. (Foto ikhsan Jabatan Perdagangan Guangxi)

Timbalan pengurus besar Syarikat Kumpulan Pembangunan Perdagangan Antarabangsa Pingxiang, Deng Qin berkata bahawa kawasan utama pusat perdagangan buah-buahan kini berkeluasan sehingga 6.67 hektar, meliputi ruang kastam, pengagihan dan penjualan dalam talian.

Para pekerja memproses hirisan mangga kering di bengkel penghasilan buah-buahan kering di Syarikat Teknologi Pertanian Guangxi Junyi di kawasan Chongzuo, Zon Rintis Perdagangan Bebas Guangxi. (Foto He Ning)

Para pekerja memproses hirisan mangga kering di bengkel penghasilan buah-buahan kering di Syarikat Teknologi Pertanian Guangxi Junyi di kawasan Chongzuo, Zon Rintis Perdagangan Bebas Guangxi. (Foto He Ning)

Bagi timbalan pengurus besar Syarikat Teknologi Pertanian Guangxi Junyi, Shen Wuyang berpandangan bahawa kelebihan dari sudut geografi dan dasar-dasar yang memihak kepadanya serta persekitaran adalah faktor kunci syarikatnya mahu beroperasi di situ, seterusnya memberikan kemudahan akses terhadap sumber buah-buahan Asia Tenggara, dan mempelbagaikan kategori produk.

Pada Mei, kumpulan pertama kereta terpakai dari Nanning berjaya melepasi kastam di Pelabuhan Torugart di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang untuk berlepas ke Armenia, sekali gus menandakan kejayaan pelancaran peniagaan eksport kereta terpakai Nanning yang pertama.

Di Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia yang terletak di kawasan pelabuhan Qinzhou, pembinaan sebuah projek oleh syarikat teknologi makanan, minyak dan bijirin sedang giat berjalan.

Sebagai sebahagian daripada model ‘Dua Negara Dua Taman’ antara China dan Malaysia, ia akan menjadi hab kepada logistik dan perdagangan produk-produk sawit.

Foto memaparkan tapak pembinaan sebuah projek oleh syarikat teknologi makanan, minyak dan bijirin di Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia di kawasan pelabuhan Qinzhou. (Foto Liang Zhanghui).

Foto memaparkan tapak pembinaan sebuah projek oleh syarikat teknologi makanan, minyak dan bijirin di Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia di kawasan pelabuhan Qinzhou. (Foto Liang Zhanghui).

Dalam tempoh lima tahun yang lalu, Zon Rintis Perdagangan Bebas Guangxi telah menarik kehadiran lebih 100,000 syarikat, iaitu peningkatan 28 kali ganda sejak ia ditubuhkan.

Video

Berita Berkaitan