99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

CAEXPO Cermin Keberhasilan Kerjasama China-ASEAN

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 25 September 2024

Ekspo China-ASEAN serta Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) sedang berlangsung ketika ini di Nanning, ibu kota wilayah Guangxi, barat daya China.

Menerusi ekspo yang gilang-gemilang ini, ia secara tidak langsung memperlihatkan keterbukaan serta kerjasama China dengan ASEAN yang tidak pernah terhenti.

Pada masa ini, China dan ASEAN telah menganjurkan sembilan pusingan rundingan mengenai Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) versi 3.0 dan mencapai hasil yang memuaskan.

Manakala, Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) pula telah berkuatkuasa di semua negara anggota.

Kedua-dua perjanjian perdagangan bebas (FTA) itu berperanan sebagai penstabil dalam perdagangan China-ASEAN dan membuka peluang yang lebih luas bagi kerjasama serantau.

Li Fei, naib menteri perdagangan China, dalam ucapannya semasa Dialog Peringkat Tinggi RCEP mengenai Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan menyifatkan RCEP sebagai memberi dorongan yang kukuh terhadap kerjasama terbuka serantau ke arah yang lebih luas, berperingkat lebih tinggi dan lebih mendalam.

Beliau berkata, ia juga menyediakan sokongan penting dan menjadi platform utama ke arah integrasi ekonomi Asia-Pasifik.

Bagi Li, CAFTA dilihat sebagai teladan kerjasama antara negara-negara Selatan.

Dalam CAEXPO kali ini, China berikrar untuk berusaha agar perjanjian RCEP dilaksanakan dengan lebih berkualiti tinggi dan rundingan CAFTA 3.0 berjalan dengan lebih pantas, selain mewujudkan rantaian bekalan industri rentas sempadan yang lebih stabil dan lancar.

Bagi pemerhati, mereka berpandangan bahawa manfaat yang dibawa oleh keterbukaan semakin dapat dirasai, dengan persekitaran perniagaan serantau semakin baik, dan perdagangan China-ASEAN yang semakin rancak.

Perdagangan antara China dan ASEAN turut dapat dilihat dalam CAEXPO, yang juga menjadi wadah penting dalam penjalinan hubungan perdagangan kedua-dua pihak sejak sekian lama.

Buah pisang dari Filipina, rambutan dari Indonesia, beras dari Kemboja dan produk pertanian lain terus-menerus menembusi pasaran China dalam dua dekad lalu menerusi CAEXPO.

Antara keunikan tahun ini, kemajuan terkini sektor-sektor baharu termasuk teknologi digital, rendah karbon, tenaga baharu dan automobil pintar dan sebagainya akan menjadi keutamaan CAEXPO kali ini.

Teknologi terkini dari Singapura, Malaysia, Thailand, Vietnam, Indonesia, Kemboja akan tampil pada ekspo kali ini, sekali gus menyaksikan kerjasama China-ASEAN melangkah ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Difahamkan, perdagangan China-ASEAN bukan sahaja berkembang dari segi kuantiti malahan juga kualiti. Menurut statistik, import dan eksport barangan pengantara China dengan ASEAN bertumbuh 9.6 peratus dari tahun ke tahun, iaitu 4.1 peratus lebih tinggi daripada kadar keseluruhan.

Terdahulu, Kementerian Perdagangan China membuat komitmen untuk mendorong perdagangan produk pertanian terhadap negara-negara ASEAN yang memiliki kelebihan bandingan serta produk perkilangan dari negara-negara tersebut, di samping menjalinkan kerjasama dalam sektor baharu seperti transformasi digital, tenaga bersih dan kecerdasan buatan.

Tentunya, kita pasti akan ternanti-nanti untuk melihat keberhasilan langkah-langkah tersebut akan membuka lebih banyak peluang lagi bagi perusahaan China dan ASEAN, sekali gus membawa momentum baru untuk kerjasama.

Video

Berita Berkaitan