99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Lonjakkan Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib China-Malaysia ke Tahap Baharu - Xi

(CRI)Ahad 22 September 2024

Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Malaysia?Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Beijing pada Jumaat.

Xi berkata, sejak penjalinan hubungan diplomatik China-Malaysia pada tahun 1974, kedua-dua negara mengekalkan hubungan persahabatan, tolong-menolong dan menjadi teladan baik bagi hubungan sesama negara yang saling menguntungkan dan kerjasama sama menang.

“Tahun ini ialah ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia, dan juga Tahun Persahabatan China-Malaysia. Tahun ini amat penting bagi hubungan kedua-dua negara kita untuk terus maju ke hadapan berdasarkan hasil yang sedia tercapai,” ujar Xi.

Beliau mengesyorkan kedua-dua negara mempergiat kerjasama strategik dalam pembangunan modenisasi masing-masing, supaya melonjakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia ke tahap baharu.

Xi berkata China bersedia bersama-sama Malaysia untuk mengeratkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, meningkatkan komunikasi strategik, dan saling menyokong dalam isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan teras dan kebimbangan masing-masing.

“China menyokong ikhtiar Malaysia MADANI, bersedia berkongsi pengalaman tadbir urus negara dengan Malaysia, meningkatkan penyelarasan strategi, bersama-sama membina inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), mempromosi pembinaan ‘dua negara, dua taman’, di samping memperkasakan kerjasama dalam sektor pertanian dan pembasmian kemiskinan, meneroka potensi kerjasama dalam industri teknologi tinggi seperti tenaga baharu, ekonomi digital dan lain-lain supaya menyumbang kepada pembangunan modenisasi masing-masing.

“China menyokong Malaysia menjadi negara pengerusi bergilir ASEAN pada tahun depan, bersedia berganding bahu dengan Malaysia untuk mendorong kerjasama Asia Timur dan integrasi ekonomi serantau, meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam isu-isu hangat serantau dan antarabangsa, dan menyumbang kepada kedamaian dan kestabilan dunia,” kata Xi.

Sultan Ibrahim bertitah Malaysia menyanjung tinggi konsep pembangunan rakyat diutamakan yang diamalkan kerajaan China, menyokong tiga inisiatif yang digagaskan Presiden Xi, iaitu Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan Inisiatif Peradaban Global (GCI).

Baginda bertitah Malaysia menganggap China sebagai rakan yang boleh dipercayai, dan bersedia berjalan seiring dengan China di jalan menuju ke pemodenan.

“Malaysia memperoleh banyak manfaat daripada BRI, dan bersedia meningkatkan kolabrasi dengan China dalam ekonomi dan perdagangan, pelaburan, pembinaan infrastruktur, kesalinghubungan, kebudayaan dan pendidikan, supaya melonjakkan hubungan dua hala ke tahap lebih tinggi,” titah Sultan Ibrahim.

Baginda bertitah bahawa Malaysia memuji pendirian China yang adil dalam isu Palestin, dan bersedia meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dengan China dalam isu-isu antarabangsan dan serantau.

Video

Berita Berkaitan