99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Permintaan Kopi Mendadak, Yunnan Buka Jurusan Sarjana Muda Sains Kopi di Universiti

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 19 September 2024

Pensyarah sedang memberi kuliah bertemakan kopi di Kolej Tumbuh-tumbuhan Tropika Universiti Pertanian Yunnan (YAU) di Bandar Pu’er, Provinsi Yunnan pada 10 September 2024. (Xinhua/Hu Chao)

Pensyarah sedang memberi kuliah bertemakan kopi di Kolej Tumbuh-tumbuhan Tropika Universiti Pertanian Yunnan (YAU) di Bandar Pu’er, Provinsi Yunnan pada 10 September 2024. (Xinhua/Hu Chao)

China, sebuah negara yang cukup sinonim dengan tradisi minuman teh selama ribuan tahun, menyaksikan kohort pertama mahasiswa universiti jurusan kejuruteraan dan sains kopi memulakan pengajian mereka pada pembukaan semester baharu pada awal bulan ini.

Memetik laporan agensi berita Xinhua, inisiatif yang julung-julung kalinya di Universiti Pertanian Yunnan (YAU) itu menyasarkan untuk melengkapkan mahasiswa dengan latihan berkaitan kepakaran kopi bagi memenuhi keperluan profesional di China yang penggunaan kopinya meningkat mendadak ketika ini.

Difahamkan, sejumlah 100 mahasiswa telah melapor diri untuk tahun ini, dan mereka akan ditempatkan di YAU kampus Pu’er yang terletak di barat daya Provinsi Yunnan, iaitu tempat pertama biji kopi diperkenalkan pada sekitar 130 tahun lalu.

Seorang mahasiswi, Chen Siyuan ketika diwawancara Xinhua berkata minatnya terhadap kopi bermula sejak dia dalam persediaan untuk menduduki peperiksaan kemasukan universiti, selain turut mendapat inspirasi daripada bapanya yang terlibat dalam industri kopi.

Namun, setelah mengikuti kuliah selama seminggu, dia berkata bahawa jurusan itu lebih mencabar berbanding jangkaan awal, dan dia berharap agar berpeluang untuk mempelajari kopi dengan lebih lanjut khususnya dalam dagangan, teknologi dan rasa.

Menurut Xinhua, sepanjang tempoh empat tahun di kampus, para penuntut akan mengambil kursus asas seperti matematik, kimia dan bahasa Inggeris, sebelum meneruskan kursus khas seperti kimia perisa kopi, prinsip kejuruteraan kopi, pemanggangan dan penilaian, serta perdagangan kopi dunia.

Pensyarah sedang memberi kuliah bertemakan kopi di Kolej Tumbuh-tumbuhan Tropika Universiti Pertanian Yunnan (YAU) di Bandar Pu’er, Provinsi Yunnan pada 10 September 2024. (Xinhua/Hu Chao)

Pensyarah sedang memberi kuliah bertemakan kopi di Kolej Tumbuh-tumbuhan Tropika Universiti Pertanian Yunnan (YAU) di Bandar Pu’er, Provinsi Yunnan pada 10 September 2024. (Xinhua/Hu Chao)

Chen Shiwei, individu yang bertanggungjawab dalam jurusan itu di Kolej Tumbuh-tumbuhan Tropika YAU berkata bahawa kedai kopi boleh didapati setiap pelosok China. Bagaimanapun, beliau berkata industri itu kekurangan tenaga mahir yang tahu mengenai selok-belok penghasilan, pertumbuhan dan penjualan kopi.

Chen berkata, pihaknya mahu menyemai bakat dengan pelbagai kebolehan dalam sektor kopi, sekali gus membantu dalam pembangunan berkualiti tinggi industri kopi China.

Untuk rekod, China berjaya melepasi Amerika Syarikat pada tahun lalu untuk menjadi pendahulu negara dengan kedai kopi paling banyak di dunia, dan kini muncul sebagai pasaran bertumbuh pantas di Asia Timur dalam penggunaan kopi.

Pertubuhan Coffee Antarabangsa turut memaklumkan bahawa pengambilan kopi per kapita di China meningkat empat kali ganda dari tempoh 2010 hingga 2022.

Seorang pempamer menunjukkan secawan kopi berseni semasa Ekspo Kopi Antarabangsa (Pu’er) China di Provinsi Yunnan pada 5 Januari 2024. (Xinhua/Xiong Xuanang)

Seorang pempamer menunjukkan secawan kopi berseni semasa Ekspo Kopi Antarabangsa (Pu’er) China di Provinsi Yunnan pada 5 Januari 2024. (Xinhua/Xiong Xuanang)

Foto bertarikh 10 September 2024 ini memperlihatkan pemandangan luar Kolej Tumbuh-tumbuhan Tropika Universiti Pertanian Yunnan (YAU) di Bandar Pu’er, Provinsi Yunnan.

Foto bertarikh 10 September 2024 ini memperlihatkan pemandangan luar Kolej Tumbuh-tumbuhan Tropika Universiti Pertanian Yunnan (YAU) di Bandar Pu’er, Provinsi Yunnan.

Sebagai kawasan terbesar dalam penghasilan kopi, Yunnan meliputi sebanyak 98 peratus daripada penghasilan kopi di China, dengan Pu’er iaitu ‘ibu kota kopi China’ menghasilkan separuh daripada keseluruhan output di Yunnan.

Menurut makluman, kolej tersebut turut menjalinkan kerjasama antarabangsa dengan universiti di Thailand dan New Zealand untuk memperluas pengetahuan mahasiswa, selain membuat kerjasama dengan lebih 20 institusi termasuk Akademi Sains Pertanian Tropika China bagi menyediakan para pelajar untuk praktik di luar kampus.

Video

Berita Berkaitan