99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Makanan Berunsurkan Bahan TCM Semakin Popular

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 19 September 2024

Sempena sambutan Pesta Kuih Bulan pada baru-baru ini, pelbagai universiti dan hospital perubatan tradisional Cina (TCM) di serata China telah mengeluarkan produk kuih bulan yang ramuannya mengandungi bahan perubatan tradisional.

Universiti Perubatan Tradisional Cina Chengdu di Provinsi Sichuan telah melancarkan sejenis kuih bulan yang sihat untuk dimakan serta mempunyai kelebihan perubatan dengan terdapatnya ramuan seperti sarang burung, ginseng dan dendrobium.

Sejak mula dilancarkan, lebih daripada 50,000 kuih bulan yang mempunyai lapan jenis perisa telah habis terjual dalam tempoh kurang dari sebulan.

Banyak universiti dan hospital TCM di seluruh China, termasuk beberapa di Beijing, Provinsi Jiangsu dan Zhejiang di timur China, serta Provinsi Hebei di utara China, juga telah melancarkan kuih bulan dengan ramuan TCM.

Foto memperlihatkan kuih bulan yang diinovasikan telah dilancarkan di Universiti Perubatan Tradisional Cina Chengdu di Provinsi Sichuan. Kuih bulan itu mengandungi ramuan yang sihat dimakan dengan terdapatnya bahan-bahan seperti sarang burung, ginseng dan dendrobium. (Foto/Sichuan Online)

Foto memperlihatkan kuih bulan yang diinovasikan telah dilancarkan di Universiti Perubatan Tradisional Cina Chengdu di Provinsi Sichuan. Kuih bulan itu mengandungi ramuan yang sihat dimakan dengan terdapatnya bahan-bahan seperti sarang burung, ginseng dan dendrobium. (Foto/Sichuan Online)

Terdahulu, pelbagai jenis inovasi berkaitan TCM daripada industri makanan dan minuman, termasuk minuman teh TCM, kopi TCM, roti TCM dan juga ais krim TCM, berjaya mendapat sambutan hangat oleh pengguna di seluruh negara.

Minuman teh TCM secara amnya berjaya menarik perhatian sejumlah besar pengguna di China.

Pada Mei lalu, Hospital Perubatan Tradisional Cina Provinsi Zhejiang melancarkan sup plum gelap yang dinamakan "minuman daun teratai plum gelap", yang kemudiannya menjadi popular segera dengan sangat pantas, sekali gus mencatatkan rekod jualan lebih 1.15 juta hidangan dalam masa 24 jam selepas pelancarannya, dengan kemuncak lebih 10 juta makanan dalam satu hari.

Terkenal dek keupayaannya untuk menghasilkan cecair dan menghilangkan dahaga, serta menggalakkan penghadaman dan merangsang selera makan, sup plum gelap adalah berdasarkan formula kuno dari buku perubatan oleh seorang doktor terkenal dari Dinasti Ming (1368-1644).

Berikutan terdapatnya perbezaan dari sudut persekitaran hidup dan tabiat pemakanan manusia berbanding pada zaman purba, pasukan penyelidik yang diketuai oleh Xia Yongliang, ketua doktor TCM di Hospital Perubatan Tradisional Cina Provinsi Zhejiang, membuat lebih daripada 30 penyesuaian kepada formula dari segi tentang keberkesanan dan rasa.

Sebuah lagi hospital TCM di daerah Jiading, Shanghai, timur China, pula membangunkan formula sup plum gelap dengan kulit tangerine, kelopak mawar serta pudina, yang mempunyai rasa manis dan bunga dengan sedikit aroma pudina yang menyegarkan.

Secara hakikatnya, banyak ramuan dalam pemakanan harian manusia adalah ubat dan makanan yang turut merupakan konsep TCM perubatan dan homologi makanan.

Untuk rekod, undang-undang keselamatan makanan China menetapkan bahawa tiada ubat boleh ditambah kepada mana-mana makanan yang dihasilkan atau diedarkan, melainkan bahan tambahan itu secara tradisinya dianggap sebagai makanan dan ramuan TCM.

Video

Berita Berkaitan